Kerajaan UK pada hari ini akhirnya memutuskan untuk membekukan kesemua aset oligarki Rusia yang dikatakan sebagai salah seorang golongan oligarki Kremlin yang menjadi penyokong dasar Vladimir Putin di Rusia – iaitu Roman Abramovich.
Dalam kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan, kesemua aset Abramovich ketika ini dibekukan dan perniagaannya di UK juga tidak dibenarkan beroperasi.
Aset terbesar Roman Abramovich adalah kelab bola sepak Chelsea. Kelab tersebut walaubagaimanapun diberikan kelonggaran khas dan dibenarkan beroperasi sebagai kelab bola sepak menggunakan lesen khas.
Ini kerana kerajaan mengambil kira isu kebajikan pemain dan jurulatih dalam pasukan tersebut.
Menurut laporan oleh koresponden Martyn Ziegler: “Roman Abramovich kini disekat oleh kerajaan UK. Kesemua asenya di UK dibekukan. Chelsea masih boleh beroperasi menggunakan lesen khas namun penjualan kelab itu ketika ini ditangguhkan.”
“Chelsea tidak dibenarkan untuk menjual tiket. Hanya pemilik pas bermusim sahaja yang boleh menghadiri perlawanan di Stamford Bridge dalam perlawanan akan datang.”
“Juga: Chelsea tidak dibenarkan menjual cenderamata; dilarang membeli pemain ataupun memberikan kontrak baharu; namun perkhdimatan ‘catering’ dibenarkan.”
Also: no merchandise sales allowed; no player transfers or new contracts; catering services will be permitted.
— Martyn Ziegler (@martynziegler) March 10, 2022
Ianya tamparan hebat kepada peminat Chelsea dan Roman Abramovich. Peminat Chelsea menganggap tindakan kerajaan UK sebagai melampau dan menindas.
Make no mistake, the UK government are punishing Chelsea fans, and all of the clubs employees, who are all completely innocent.
This won’t be forgotten in a hurry, by any of us. pic.twitter.com/nLwx0cOrmg
— LDN (@LDNFootbalI) March 10, 2022
Roman Abramovich sebelum ini disiasat oleh kerajaan UK berikutan satu dokumen yang dibocorkan oleh ketua pembangkang dari Rusia yang dihantar ke Kementerian Dalam Negeri Britain.
Dokumen tersebut menunjukkan keterlibatan Roman Abramovich dalam menyokong dasar Vladimir Putin dan terlibat dalam korupsi.
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine membuatkan nama Abramovich dikaitkan sebagai salah seorang penyokong tegar Putin dalam melaksanakan cita citanya.
Roman Abramovich sudah menafikan dia terlibat dalam menyokong peperangan di Ukraine dan anak perempuannya sempat menulis bahawa perang di Ukraine adalah kehendak Putin bukannya orang Rusia.
Roman #Abramovich’s daughter speaks out AGAINST #Putin’s invasion of Ukraine.
▪️Abramovich himself has always said it’s unfair to call him a crony of Putin.
▪️Now would be a good moment for him to make his position clear.#PutinWar #PeaceNotWar pic.twitter.com/dxYkkKsKBY
— Britain People (@Britain_People) March 6, 2022
UK kemudian mengenakan sekatan kepada peniaga peniaga ataupun oligarki dari Rusia sebagai sokongan kepada Ukraine, sama seperti negara negara Eropah lain yang turut mengenakan tekanan ekonomi yang sama kepada oligarki dari Rusia.
Antara yang terkesan adalah Everton apabila mereka kehilangan penaja dari Rusia selepas aset Alisher Usmanov di Eropah dibekukan dan dia dikenakan sekatan.
Everton kini berdepan dengan risiko dipotong mata kerana hutang terlalu tinggi dengan kurangnya pendapatan selepas hilang banyak penaja.
Kemudian, Parlimen UK membincangkan secara terperinci tentang Roman Abramovich dan Chelsea. Parlimen kemudian memutuskan bahawa Chelsea termasuk dalam aset Abramovich yang dibekukan.
Sebelum dibekukan, Roman Abramovich bercadang menjual kelab tersebut dengan berjanji kesemua hasil bersih daripada penjualan kelab akan disalurkan ke Ukraine untuk membantu mangsa perang dan juga pemulihan pasca perang.
Abramovich turut menyerahkan Chelsea kepada Yayasan Chelsea untuk menguruskan kelab sementara waktu kerana berlaku banyak kerumitan melibatkan dirinya selaku oligarki Rusia.
Namun kini penjualan kelab tersebut tidak boleh dibuat kerana Chelsea sudah dibekukan kerajaan UK.