Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi bayangan kemungkinan tidak akan menghantar barisan terkuat untuk menghadapi dua pertandingan penting Asia Tenggara iaitu Temasya Sukan SEA di Vietnam dan Piala Suzuki AFF tahun ini.
President FAT, Somyot Poompanmuang menjelaskan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menghantar “skuad kedua” kerana pasukan utama akan memberi tumpuan kepada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 bagi memburu tiket automatik ke Piala Asia 2023.
Saingan Sukan SEA akan bermula pada 21 November hingga 2 Disember manakala Piala Suzuki AFF dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2021. Skuad Thailand akan menghadapi Indonesia dan UAE pada bulan Mac dan mereka menyasarkan untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia.
“Banyak pemain terbaik akan bertanding dalam Sukan SEA dan Piala Suzuki. Tetapi kita tak letak harapan tinggi untuk jadi juara. Tidak perlu hantar barisan terkuat. Ia tidak bermakna kami ini pasukan terbaik kerana pasukan utama perlu dipersiapkan untuk perlawanan yang lebih besar.
“Saya juga sudah tanya Akira Nishino (ketua jurulatih). Beliau tidak mempunyai masalah dan kami putuskan untuk tidak menghantar pemain terbaik serta menggunakan barisan pemain lain,” kata Somyot kepada SMM Sports.
Thailand will not send the best players to SEA Games and Suzuki Cup this year. The 2 tournaments are scheduled to be held between November 21 and January 1. Thai League will be played during that time. Clubs can refuse to release players.https://t.co/SmVpVDMn2i
— Svein Falk Lorentzen 🇧🇻🇹🇭 (@SveinFalk) January 4, 2021
Malah, skuad Thailand juga berdepan kesukaran untuk mendapatkan pemain terbaik kerana ketika itu jadual perlawanan Thai League bertembung dengan tarikh dua pertandingan itu.
“Ketika itu, Liga Thai masih berlangsung dan sudah tentu kelab tidak dapat melepaskan pemain mereka untuk tugasan skuad kebangsaan. Kami faham kerana pemain mungkin dilanda kecederaan dan kelab terpaksa bayar harga yang tinggi.
“Sebab itu kita tidak dapat hantar pemain terbaik ke saingan peringkat ASEAN,” jelasnya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
AFC Perkenalkan Logo Baharu Semua Pertandingan Sebagai Langkah Penjenamaan Semula
Sasalak Haiprakhon Nafi Bakal Sertai Kelab Korea, Gembira Bersama Buriram United
RASMI: Chonburi FC Umumkan Ketibaan Junior Eldstal, Mahu Bantu Kelab Dengan Pengalaman Dimiliki