Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan 3 pemain muda yang berpengkalan dari luar negara telah dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun sebagai persiapan menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia B-23 bermula pada 25 Oktober ini.
Tiga pemain tersebut ialah Thanawat Suengchitthawon dari kelab EPL (Leicester City), Jonathan Khemdee dari kelab Superliga Denmark (Odense BK) dan Benjamin Davis dari Oxford United.
Senarai 28 pemain itu didedahkan oleh pengurus pasukan iaitu Nualphan Lamsam yang dikenali sebagai ‘Madam Pang’. Thailand yang berada satu kumpulan dengan Malaysia, Mongolia dan Laos membawa barisan terkuat kali ini untuk memburu tiket automatik ke Piala Asia B-23 di Uzbekistan.
Pasukan ini dibimbing oleh bekas pemain import Kelantan, Worrawoot Srimaka.
https://twitter.com/NewsAsia24/status/1445735764059475968?s=20
Thanawat beraksi di posisi tengah sebelum ini pernah membantu skuad senior dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 di Dubai dan beliau turut beraksi ketika menentang Malaysia. Manakala Benjamin Davis pula sudah menyarung jersi Thailand ketika dalam saingan Sukan SEA tahun lepas.
Jonathan Khemdee yang berusia 19 tahun adalah antara muka baharu yang dipanggil menyertai pasukan itu. Pemain berdarah kacukan Thailand dan Denmark ini mempunyai ketinggian 188 cm dan beraksi di posisi pertahanan tengah.
#U23Update ธนวัฒน์, เบน เดวิส, โจนาธาน ลุยชิงแชมป์เอเชีย 2022 รอบคัดเลือก 🔥🙌💯#ช้างศึก #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ทีมชาติไทย #นักฟุตบอลไทย #Thailand #Football #FAThailand #AFCU23 #ทีมชาติไทยU23 #ช้างศึกU23 #MalaysiaU23 pic.twitter.com/AX2gYZHDRK
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) October 6, 2021
Saingan Kelayakan Piala Asia B-23 kumpulan J akan berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia. Thailand dijadualkan menentang tuan rumah pada 25 Oktober, kemudian Laos pada 28 Oktober sebelum membuat penghitungan dengan Malaysia pada 31 Oktober.
Juara kumpulan dan naib juara terbaik kumpulan akan mara ke pusingan akhir Piala Asia U-23 yang disertai oleh 16 pasukan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa
Fandi Ahmad Sifatkan Malaysia Bertuah Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman