Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong mengakui tidak meletak sasaran tinggi untuk pasukannya dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 yang akan bermula pada penghujung tahun ini.
Skuad Garuda kini berada dalam prestasi terbaik selepas menewaskan Chinese Taipei dalam saingan play-off kelayakan Piala Asia 2023 dengan aggregat 5-1. Mereka menang 2-1 pada perlawanan pertama dan 3-0 dalam pertemuan kedua di Chang Arena, Buriram.
Kemenangan tersebut turut meningkatkan semangat pemain Indonesia untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala Suzuki AFF 2021.
Namun begitu, Shin Tae-yong bersikap realistik mahu anak buah melangkah ke separuh akhir walaupun PSSI meletak sasaran juara pada tahun ini.
“Keinginan saya mahu capai separuh akhir Piala AFF. Memang sukar, tetapi kemenangan adalah ubatnya yang mujarab.
“Pemain sudah faham corak permainan yang saya mahukan. Kalau prestasi sudah meningkat, secara taktikal akan ditingkatkan lagi dan bakal menjadi pasukan yang lebih baik daripada sekarang,” jelas Tae-yong dipetik dalam portal bola sepak Indonesia.
Shin Tae-yong Tak Pasang Target Juara Di Piala AFF 2020https://t.co/iFZm5sWQ09
— VFC Indonesia (@vocketfcID) October 14, 2021
Indonesia berada dalam kumpulan B bersama Vietnam, Malaysia, Kemboja dan Laos. Dua pasukan teratas akan mara ke separuh akhir dalam pertandingan yang diadakan di venue berpusat.
10 pasukan akan berkampung di Singapura. Tiga venue menjadi pilihan untuk perlawanan peringkat kumpulan iaitu Stadium Nasional Singapura, Stadium Bishan dan Stadium Jalan Besar.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
TERKINI: Mano Polking Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Thailand
Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa
Fandi Ahmad Sifatkan Malaysia Bertuah Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman