Kontrak hak penyiaran saingan Thai League yang kini dipegang oleh syarikat True Vision bakal memasuki tahun terakhir pada musim 2020 nanti.

True Vision berjaya mendapatkan kontrak hak penyiaran Thai League selama 4 musim dengan nilai sekitar THB4.2 bilion atau RM580 juta. Nilai ini bagaimanapun hanya merangkumi hak penyiaran untuk Thai League 1 & 2, 2 kejohanan piala domestik serta perlawanan pasukan terpilih pasukan kebangsaan Thailand.

Menurut satu laporan dari portal SMM Sport beberapa hari yang lalu, DAZN sebuah syarikat gergasi berpangkalan di London sedia membuat bidaan yang dikatakan bernilai THB2 bilion (RM276 juta) semusim.

thai-league

Nilai bidaan yang besar itu dikatakan akan merangkumi hak penyiaran bagi Thai League 1,2,3 dan 4, kejohanan piala domestik, perlawanan liga bola sepak wanita serta perlawanan liga futsal Thailand.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum dapat dipastikan samada bidaan itu akan diterima oleh pengendali liga atau pun tidak, tetapi dengan laporan yang dibuat akan menjadikan ‘perang bidaan’ oleh beberapa syarikat yang mungkin turut berminat untuk mendapatkan hak penyiaran tersebut.

Sekiranya menjadi kenyataan, nilai tersebut pastinya akan mampu menaikkan lagi program-program pembangunan bola sepak di Thailand seterusnya mempertingkatkan lagi kualiti bola sepak diperingkat kebangsaan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

Top 5 Kelab Thai League 2 Catat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

Sumber