Baru-baru ini pihak Thai League telah mengeluarkan satu senarai 5 kelab dalam saingan Thai League 2 atau lebih dikenali dengan nama M-150 Championship, yang memperolehi pendapatan paling tinggi dari jualan tiket perlawanan dan juga jualan barangan rasmi pasukan.

BG Pathum United FC yang sebelum ini dikenali dengan nama Bangkok Glass FC, berjaya mencatatkan jumlah kutipan yang paling tinggi dari semua 18 pasukan yang bertanding dalam saingan Thai League 2 musim 2019.

74477377_1205943936460825_6764874667191697408_o

1.BG Pathum United

Juara saingan Thai League 2 musim 2019 ini mencatatkan kutipan jualan tiket sebanyak THB2,929,780 (RM405,677) dan THB2,719,727 (RM376,591) dari jualan barangan rasmi kelab.

Dari perolehan 2 saluran pendapatan ini sahaja, kelab BG Pathum United telah berjaya menghasilkan THB5,649,507 (RM782,268).

2. Sisaket FC

Bekas kelab Velizar Popov ini pula memperolehi pendapatan sebanyak THB4,021,010 (RM556,797) dari jualan tiket perlawanan dan THB506,000 (RM70,066) dari penjualan barangan rasmi kelab mereka.

Sisaket FC secara keseluruhannya meraih pendapatan sebanyak THB4,527,010 (RM636,863) dari 2 saluran ini sahaja.

3. Rayong FC

Kelab yang baru sahaja 3 musim beraksi dalam saingan Thai League 2 ini berjaya muncul sebagai kelab ke 3 layak ke saingan Thai League 1 musim 2020 dibelakang BG Pathum United dan Police Tero FC.

Rayong FC, berjaya mengutip THB3,312,300 (RM458,618) dari jualan tiket perlawanan di stadium dan THB410,000 (RM56,768) menjadikan jumlah besar kutipan 2 jenis pendapatan ini kepada THB3,722,300 (RM515,386).

74324241_1192603547794864_2737169051284406272_o
Kedudukan liga saingan Thai League 2 2019.

4. Udon Thani FC

Udon Thani FC, yang baru 2 musim beraksi dalam saingan Thai League 2 berjaya berada di kedudukan ke 4 keseluruhan.

Kelab ini mencatatkan perolehan dari jualan tiket sebanyak THB2,504,110 (RM346,683) dan jualan barangan rasmi kelab sebanyak THB527,000 (RM72,960) menjadikan jumlah keseluruhan pendapatan sebanyak THB3,031,110 (RM419,643).

5. Air Force United FC

Walaupun menamatkan liga Thai League 2 di tangga ke 14, Air Force United FC masih mampu berada dalam senarai Top 5.

Dari kutipan tiket perlawanan, kelab ini berjaya menghasilkan pendapatan sekitar THB1,381,106 (RM191,287), manakala bagi jualan barangan rasmi kelab pula adalah berjumlah THB649,259 (RM89,924), menjadikan jumlah keseluruhan kepada THB2,030,365 (RM281,211).

Tiada senarai penuh semua kelab serta pendapatan lain diterbitkan lagi ketika ini dan mungkin akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Baca juga artikel lain berkaitan bole sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

Thai League Umumkan Tarikh Sepak Mula Dan Jendela Perpindahan Pemain Bagi Saingan Musim 2020.