Manchester City akhirnya memulakan langkah rasmi membida pemain tengah West Ham iaitu Declan Rice untuk menyaingi Arsenal.

Baca Juga:

Bidaan pertama itu sudah diterima oleh West Ham. Dan kelab itu sedang mempertimbangkan sama ada akan mempersetujui kesepakatan harga atau sebaliknya.

Bidaan Man City secara keseluruhannya sama angka dengan Arsenal iaitu £90 juta. Namun dipecahkan kepada £80 juta bayaran tetap dan £10 juta bonus. Berbanding £75 juta+ £15 juta oleh Arsenal.

Arsenal masih tidak terkeluar daripada persaingan. West Ham masih menantikan bidaan rasmi ketiga daripada Arsenal. Sebelum ini bidaan kedua ditolak kerana bonus yang dianggap sukar dicapai.

West Ham sebelum ini masih berharap mereka akan mendapat sekurang kurangnya £100 juta untuk pemain tengah tersebut. Dan mahu memaksimumkan harga sehingga £120 juta untuk menjadikan Declan Rice perpindahan termahal pemain Inggeris.

Rice sebelum ini sudah setuju syarat peribadi dengan Arsenal. Dilaporkan turut berminat untuk berbincang lebih lanjut tentang syarat dan terma peribadi dengan Manchester City.

City mencari pengganti Ilkay Gundogan yang rasmi menyertai Barcelona. Declan Rice menepati ciri ciri pemain masa depan dimahukan Pep Guardiola dan Mikel Arteta.

Ditambah dengan cv pemain itu sebagai kapten pasukan West Ham.

Sebelum ini David Ornstein meluahkan pandangannya. Menegaskan bahawa agak sukar untuk Arsenal menewaskan Man City dari segi tawaran harga dan pakej bonus.

Namun Arsenal masih boleh berharap agar Declan Rice memilih kelab itu secara peribadi dan mendesak West Ham menjualnya ke Arsenal yang menjanjikannya minit permainan lebih banyak.

Adakah pemain West Ham itu Declan Rice akan menyertai Manchester City atau Arsenal?