Manchester City memutuskan untuk tarik diri daripada persaingan mendapatkan Declan Rice dari West Ham.

Sebelum ini Man City menyaingi tawaran Arsenal dengan nilai £90 juta untuk mendapatkan pemain itu.

Kedua dua kelab menawarkan asas £75 juta dan baki £15 juta lagi sebagai dalam bentuk bonus.

Namun kedua dua tawaran itu ditolak oleh! West Ham berkeras meminta £100 juta untuk Declan Rice sebagai angka tetap bukannya selepas ditambah bonus.

Hari ini Arsenal datang dengan tawaran ketiga yang bernilai £105 juta. Di mana £100 juta adalah wajib bayar dan £5 juta lagi adalah bonus.

West Ham dilaporkan tidak menerima cadangan tersebut kerana tak berpuas hati dengan struktur bayaran yang dicadangkan Arsenal.

Arsenal Hantar Bidaan Ketiga £105 Juta Untuk Declan Rice, Namun Ditolak!

Kelab itu kemudian menunggu bidaan daripada Man City. Yakin bahawa kelab itu masih berminat untuk berperang harga bidaan dengan Arsenal.

Malangnya, Man City merasakan angka £90 juta yang mereka tawarkan sebelum ini sebagai angka maksimum untuk nilai Declan Rice,

Man City akhirnya memutuskan untuk tarik diri daripada persaingan mendapatkan Declan Rice.

Dilaporkan bahawa, West Ham kini cuma ada tawaran terakhir Arsenal itu sebagai tawaran terbaik yang pernah mereka terima.

Dan kedua dua kelab sedia berbincang untuk tawaran £105 juta tersebut. Arsenal berpeluang cerah untuk memiliki Declan Rice.

Kerana hanya Arsenal yang benar benar sanggup membayar lebih £100 juta untuk pemain tengah kebangsaan England itu. Rice juga sedia untuk menyertai Arsenal.

Kedua dua kelab berunding tentang struktur bayaran pemain tersebut.