Bidaan terbaru Arsenal untuk Declan Rice kini melebihi angka £100 juta, tanda harga yang diletakkan West Ham untuk pemain itu — namun ianya ditolak!
Baca Juga:
- TERKINI: West Ham Terima Bidaan Daripada Man City Untuk Declan Rice
- Patrice Evra Menangis & Demam 3 Hari Tengok Argentina Angkat Piala Dunia
- Gallas: England Tidak Menakutkan Tetapi Perancis Perlu Berwaspada Dengan Declan Rice
Sebelum ini Arsenal melakukan 2 bidaaan dengan nilai tertinggi sebelum ini adalah £90 juta. West Ham menolak bidaan tersebut kerana tidak gembira dengan butiran pada bonus. Dianggap tidak realistik.
West Ham kemudian menunggu bidaan daripada Man City. Dan bidaan tersebut turut dicadangkan pada nilai sama dengan ditawarkan Arsenal.
Namun butiran bonus lebih realistik daripada Man City.
Tetap juga West Ham menolak tawaran itu dan berkeras mahukan £100 juta untuk pemain tersebut.
Kini Arsenal mengemukakan bidaan ketiga untuk membeli Declan Rice. Tawaran itu bernilai £105 juta secara keseluruhan dengan pecahan £100 juta tetap dan £5 juta adalah bonus.
🚨 EXCLUSIVE: Arsenal have tonight submitted a massive offer to West Ham for England midfielder Declan Rice. Proposal is for £100m + £5m in add-ons – would be a record for a British player as #AFC try to agree deal with #WHUFC for top target @TheAthleticFC https://t.co/ZuFqkCbQcE
— David Ornstein (@David_Ornstein) June 27, 2023
Ianya ditolak oleh West Ham kerana tidak gembira dengan struktur bayaran yang dicadangkan oleh Arsenal.
Arsenal masih berharap akan mendapatkan pemain tengah tersebut. Dan sedang berusaha untuk memperbaiki lagi tawaran mereka dari segi struktur bayaran.
Arteta terdesak mahukan Declan Rice yang boleh menjadi watak penting dalam projek jangka masa panjang kelab itu.
Arsenal kehilangan Granit Xhaka dan juga sedia menjual Thomas Partey dalam jendela perpindahan kali ini. Selain Rice, Arsenal turut menyenaraikan nama seperti Moises Caicedo dalam sasaran.
Namun buat masa ini, keutamaan mereka adalah usaha mendapatkan Declan Rice.