Pakar perpindahan eropah, Fabrizio Romano telah menganggap perjanjian antara West Ham dan Arsenal dengan menegaskan bahawa Declan Rice ke Arsenal sudah disepakati pada harga £105 juta.

Baca Juga:

Fabrizio Romani sudah menulis Here We Go bahawa Declan Rice akan ke Arsenal pada jendela perpindahan kali ini.

Pemain itu dibenarkan untuk menyelesaikan urusan peribadi dengan Arsenal termasuk ujian medikal di kelab tersebut.

Nilai £105 juta itu dipecahkan kepada £100 juta wajib dan £5 juta bonus. Ia menjadi bayaran perpindahan termahal dibuat Arsenal mengatasi harga Nicolas Pepe.

Sebelum ini West Ham menolak tawaran £105 juta Arsenal kerana menjangkakan Man City akan menyaingi tawaran tersebut. Namun City menarik diri daripada persaingan.

West Ham kembali kepada rundingan tawaran ketiga Arsenal tersebut dan sepakat dalam harga. Namun masih terhalang kerana strutkur dan tempoh bayaran dicadangkan Arsenal.

Di mana The Gunners mahu membayar ansuran dalam masa 4 atau 5 tahun. Sebaliknya West Ham mahukan ianya dibayar dalam masa 18 bulan ataupun dalam 2 musim sehingga 2025.

Akhirnya kedua dua pasukan setuju bahawa bayaran adalah mengikut apa yang dimahukan West Ham United.

Declan Rice menjadi keutamaan Mikel Arteta di Arsenal dan pengurus itu sanggup meyakinkan pemilik kelab untuk membayar £105 juta untuk pemain antarabangsa England itu.

Rice akan mengisi bahagian tengah Arsenall. Kelab itu menjangkakan mereka akan mendapat sekurang kurangnya £21 juta menerusi penjualan Granit Xhaka ke Bayer Leverkusen.

Arsenal juga berusaha menjual Thomas Partey dalam jendela perpindahan kali ini. Dengan Arsenal sudah menawarkan Partey kepada kelab kelab di Liga Pro Saudi.