Sebuah syarikat dari Singapura iaitu Bellagraph Nova Group (BNG) kini sedang berunding dengan Mike Ashley untuk pengambilalihan.
Ini selepas rundingan dengan konsortium dari Saudi sebelum ini gagal. Perjanjian sekitar £300 juta itu tak dapat direalisasikan selepas PIF tidak sanggup lagi menunggu keputusan ujian ke atas Lembaga Pengarah.
Mike Ashley sudah berikrar akan mencari pembeli baharu untuk Newcastle.
BNG, merupakan syarikat yang turut ditubuhkan bersama oleh 3 pelabur Singapura iaitu Evangeline Shen, Nelson Loh dan Terence Loh.
Namun ibu pejabat syarikat tersebut di Paris. Dan mereka ketika ini dimaklumkan sangat teringin untuk membantu Newcastle dengan melabur untuk membangunkan kelab.
BNG dalam kenyataannya berkata: “Pengasas-pengasas Bellagraph Nova Group sudah mengeluarkan LOI (Letter of Intent) dan juga penyata kewangan pada 10 Ogos lalu.”
Singapore-backed company Bellagraph Nova Group claims it has held talks with Newcastle over the possible takeover of the club.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 17, 2020
“Sebagai tambahan, untuk memastikan terbinanya hubungan dengan kelab Newcastle dan juga komuniti, Bellagraph Nova Group meminta bantuan daripada bekas kapten England Alan Shearer dan bekas pemain iaitu Michael Chopra.”
BNG memiliki 31 entiti pernigaan dan menjana keuntungan sekitara $12bn (£9.154bn) pada tahun lalu menurut laman rasmi syarikat.
BNG juga menambah bahawa, rundingan dengan Mike Ashley sudah bermula beberapa hari lalu dan masih berjalan.
Baca juga perkembangan lain
Fernandes Jelaskan Insiden Dengan Lindelof, Kecewa Tak Menang Apa Apa Musim Ini