Olympique Lyon berjaya melakar kejutan dengan menewaskan pasukan pilihan Manchester City dari suku akhir Liga Juara Juara Eropah.

Dalam aksi yang berlangsung di Estadio Jose Avalade, pasukan bimbingan Pep Guardiola bergelut untuk mencipta peluang gol dalam 30 minit pertama.

Lyon mengejutkan Man City dengan gol pembukaan oleh Maxwell Cornet selepas beliau menyambar bola yang cuba dikeluarkan Eric Garcia.

Itu adalah gol keempat Cornet dalam 3 perlawanan menentang Man City. Di mana musim lalu beliau menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan.

VAR diperlukan untuk memeriksa sama ada binaan gol itu sah atau ofsaid. Namun ternyata ianya gol bersih.

Di mana dalam tempoh 27 minit pertama mereka gagal melakukan sebarang percubaan ke arah gol.

Pada separuh masa kedua Man City menggandakan asakan ke kubu Lyon. Mereka juga terdedah dengan beberapa serangan balas daripada Lyon.

Kevin De Bruyne memberikan senyuman kepada Pep Guardiola dengan gol penyamaan pada minit ke-69.

Ketika Man City ghairah mencari gol kedua, gawang mereka bolos lagi, kali ini memberusi Moussa Dembele. Juga antara penjaring gol menentang City musim lalu.

Dembele dengan bijak melepasi perangkap ofsaid. Eric Garcia yang terjatuh tidak dapat berbuat apa apa.

Dalam keadaan satu lawan satu Dembele mudah menewaskan Ederson. VAR sekali lagi digunakan untuk memeriksa gol tersebut. Dan ianya disahkan.

Menjelang minit akhir perlawanan, Raheem Sterling terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan.

https://twitter.com/ChampionsLeague/status/1294741671289262080

Sterling gagal menyumbat masuk bola ke dalam gawang yang ternganga di hadapannya.

Agak ironi apabila sebaik sahaja kegagalan itu, Lyon menyerang pantas dan mendapat gol ketiga, juga sekali lagi menerusi Dembele.

Kali ini Ederson melakukan ‘keeper error’ dengan bola termuntah ketika cuba menangkan rembatan Aouar.

Kemenangan ini bermakna Lyon mara ke separuh akhir berdepan dengan Bayern Munich.

Ini adalah kali pertama ada dua wakil Perancis di separuh akhir UCL.

Separuh akhir kali ini menyaksikan dua pasukan Jerman dan dua pasukan Perancis.

Pemburuan UCL oleh Man City berakhir lagi. Satu satunya piala yang mereka sangat inginkan terutama sekali selepas era Sheikh Mansour.

Baca juga perkembangan lain

Raul Sanllehi Tinggalkan Arsenal, Vinai Venkatesham Ambil Alih

UCL: Bayern Aibkan Barca Dengan Kemenangan 8-2

Sejarah Tercipta, Leipzig Ke Separuh Akhir Pertama Kalinya, Singkir Atletico