Sebentar tadi Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberikan maklum balas mengenai soalan samada pasukan JDT dibenarkan untuk berlepas ke Doha bagi menyertai saingan AFC Champions League 2020.
Dalam video yang berdurasi 2 minit seperti dibawah, beliau menjelaskan bahawa pasukan JDT tidak dibenarkan untuk terbang ke luar negara kerana polisi yang dikuatkuasakan pada ketika ini adalah masih sama.
“Polisi kita masih sama. Pintu sempadan kita masih ditutup. Maknanya, warga asing tidak dibenarkan masuk, dan rakyat kita tidak dibenarkan keluar.”
“Polisi ini meliputi semua termasuk pasukan bola, iaitu tidak membenarkan pergerakan yang ramai seperti ini ke luar negara. Dan kita tidak tahu SOP yang ada dinegara tersebut.”
PKPB | Pasukan JDT Tidak Dibenar Ke Luar Negara
Pasukan JDT dijadual akan ke Doha, Qatar minggu depan untuk menyertai Kejohanan
Liga Juara-Juara Asia.Namun, kerajaan memaklumkan pasukan berkenaan tidak dibenarkan keluar negara.
Video: Ihsan RTM pic.twitter.com/A4Snxx62V1
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 11, 2020
“Kita tidak benarkan atas alasan tertakluk kepada polisi sempadan negara ditutup iaitu rakyat kita tidak dibenarkan keluar negara.”
“Semua tidak dibenarkan, menteri-menteri sekali pun sebenarnya yang mempunyai persidangan yang penting, tidak dapat dilakukan kerana menteri-menteri tidak dibenarkan ke luar negara.”
“Jadi dalam kes bola sepak ini, kita juga tidak membenarkan bagi menjamin keselamatan pemain-pemain kita kalau mereka ke luar negara yang kita tak tahu bagaimana SOP yang ditetapkan oleh negara itu.”
“Tapi yang pentingnya adalah kerana SOP kita tidak membenarkan rakyat kita ke luar negara. ”
“Jadi, untuk pasukan kita ke Doha, kita tidak benarkan.”
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Luqman Hakim Semakin Sado Sejak Bersama KV Kortrijk, Siapkan Badan Untuk Cabar Bola Sepak Eropah!
Media Thailand Dedahkan Diogo Dan Teerasil Hampir Pasti Bergandingan Mulai Pusingan Ke-2 Thai League