Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) hari ini mengesahkan negara itu telah dipilih oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai tuan rumah Kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) yang akan berlangsung pada tahun 2021.
Mereka telah menewaskan tiga negara dari teluk arab iaitu Arab Saudi, Bahrain dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang turut mengemukakan bidaan untuk menjadi penganjur bersama bagi kejohanan itu.
FIFA juga turut menolak bidaan daripada dua negara dari Amerika Selatan, Peru dan Brazil yang masing-masing menyatakan minat menjadi tuan rumah.
ALHAMDULILLAAAAAAAHHHHH. ASTUNGKARA. PUJI TUHAN.
Indonesia resmi terpilih menjadi tuan rumah Piala Dunia U-20 2021!#FIFA #U20WC #Indonesia2021 #IndonesiaSiap #KamiSiap pic.twitter.com/CT26dF5uuc
— PSSI (@PSSI) October 24, 2019
Indonesia juga merupakan satu-satunya negara dari Asia Tenggara yang memasuki dalam pencalonan akhir. Sebelum ini, Thailand dan Myanmar turut berminat untuk menjadi tuan rumah bersama namun tidak dicalonkan.
“Lapan negara telah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia U-20 2021. Mereka telah menyerahkan semua dokumen mengikut syarat yang diperlukan sebelum 21 Jun 2019.
“Beberapa negara memilih untuk menjadi tuan rumah bersama, 5 calon akhir yang dipilih ini telah membentangkan proposal mereka pada 30 Ogos lalu,” kata kenyataan daripada FIFA.
Momen bersejarah bagi kita. Indonesia mendapatkan kepercayaan keluarga sepak bola internasional dengan ditunjuk menjadi tuan rumah Piala Dunia U-20 2021.
Selengkanya: https://t.co/fqXqbq8JZW#FIFA #U20WC #Indonesia2021 #IndonesiaSiap #KamiSiap
— PSSI (@PSSI) October 24, 2019
Antara stadium dan lokasi perlawanan yang dicadangkan oleh PSSI kepada FIFA ialah Stadion Gelora Bung Karno, Stadium Wibawa Mukti, Stadium Pakansari, Stadium Patriot, Stadium Mandala Krida, Stadium Manahan, Stadium Jakabaring, Stadium Si Jalak Harupat, Stadium Gelora Bung Tomo serta Stadium I Wayan Dipta.
Berdasarkan rekod, skuad bawah 20 tahun Indonesia (B-20) merupakan pasukan ketiga dari Asia Tenggara yang beraksi di kejohanan tersebut selepas Myanmar dan Vietnam mencipta sejarah layak secara merit buat kali pertama.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Indonesia yang mungkin anda terlepas pandang.
Indra Sjafri Yakin Indonesia Raih Pingat Emas Sukan SEA Walaupun Diundi Dalam Kumpulan ‘Neraka’
Peminat Indonesia Mahu Bekas Jurulatih JDT Ganti Simon McMenemy
Indonesia Bawa Masuk Pemain Naturalisasi Baharu, Otavio Dutra