Menjelang perlawanan keempat kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada hari selasa ini, pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Simon McMenemy telah memanggil seorang lagi pemain naturalisasi iaitu Otavio Dutra ke kem latihan pusat pasukan tersebut.
Sebelum ini, pemain yang beraksi di posisi pertahanan itu telah menyertai kem latihan pusat sebelum Indonesia menentang Malaysia pada bulan lalu, namun tidak dapat diturunkan kerana proses dokumentasi untuk mendapatkan taraf warganegara Indonesia masih belum diluluskan oleh Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia (Kemenkumham).
Kini, proses tersebut sudah selesai dan beliau sudah mempunyai pasport Indonesia serta bersedia untuk membuat penampilan pertama bersama skuad Garuda.
“Impian saya untuk menyarung jersi Indonesia akhirnya berjaya dicapai. Saya sudah datang ke sini sejak tahun 2010 dan bermimpi untuk bermain dengan timnas Indonesia. Sudah hampir 10 tahun saya di sini dan berdoa setiap hari agar saya bisa membantu mereka,” kata Dutra seperti dipetik dalam laman web PSSI.
Pada tahun 2010, Dutra menyertai kelab Persebaya Surabaya selama dua tahun sebelum menyertai Persipura Jayapura. Beliau kemudian berhijrah ke Persegres Gresik United, lalu terus ke Bhayangkara FC dan menjadi juara Liga 1 pada tahun 2017. Dan pada musim 2018, Dutra menyertai semula Persebaya.
Indonesia kini terdesak untuk memburu tiga mata penuh setelah tewas dua kali di tempat sendiri kepada Malaysia (2-3) dan Thailand (0-3). Malah, mereka turut dibelasah 0-5 kepada UAE pada khamis lepas.
Perlawanan menentang Vietnam juga mungkin merupakan peluang terakhir bagi jurulatih pasukan itu, Simon McMenemy sebelum penyokong mereka hilang kesabaran dan melakukan protes terhadap PSSI.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad kebangsaan Indonesia yang mungkin anda terlepas pandang.
Bali Dipilih Sebagai Lokasi Perlawanan Indonesia Menentang Vietnam