Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan lokasi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di antara Indonesia menentang Vietnam telah ditukar ke Stadium Kapten I Wayan Dipta, Gianyar, Bali.

Menurut jurucakap daripada PSSI, Marsal Masita, perlawanan itu tidak dapat berlangsung di Jakarta atas faktor keselamatan berikutan rusuhan yang berlaku di ibu kota tersebut baru-baru ini.

“Kerana pada 15 Oktober masih dalam proses pelantikan Presiden, jadi kami tidak mendapat izin. Kami tidak mahu memaksa sehingga kami mencari tempat yang sesuai untuk perlawanan itu,” katanya dalam CNN Indonesia. 

Stadium Kapten I Wayan Dipta merupakan gelanggang rasmi kelab Liga Indonesia 1, Bali United. Ia juga pernah menganjurkan perlawanan kelayakan AFC Champions League dan Piala AFC pada tahun lepas.

“Pertama sekali, kami mesti pilih tempat yang sudah diiktiraf oleh AFC kerana ini pertandingan dibawah kelolaan FIFA. Jadi, dari segi infrastruktur dan semua kemudahan lain sudah memenuhi standard yang ditetapkan oleh AFC. Lebih baik kami ke tempat yang memang sudah diberi lesen untuk menganjurkan perlawanan peringkat antarabangsa.

“Kami anggap Bali lebih aman, sebab tidak semua tempat di Indonesia mampu menjaminkan tahap keselamatan para pemain dan pegawai,” jelasnya.

DnNYWoBU8AECj4M
Gelanggang rasmi Bali United. FOTO: Football Bali

PSSI juga tidak akan mengeluarkan tiket mengikut jumlah kapasiti 22,000 tempat duduk stadium tersebut. Sebaliknya hanya penyokong yang terpilih dibenarkan masuk bagi memastikan perlawanan dapat berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi dan kekecohan.

“Stadium Wayan Dipta tidak akan dibuka penuh untuk penyokong. Jumlahnya kami akan kira tetapi kami harus memastikan perlawanan berlangsung dengan aman. Untuk perlawanan menentang Vietnam, kami tidak memikirkan soal komersial tapi yang penting perlawanan tetap berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Skuad Garuda dibawah kendalian Simon McMenemy dijadualkan menentang UAE pada 10 Oktober ini di Dubai sebelum pulang ke Indonesia. Bulan lepas, mereka tewas 2 kali di Stadium Gelora Bung Karno kepada Malaysia (2-3) dan Thailand (0-3).

Klik pautan artikel dibawah untuk mengikuti perkembangan pasukan lain dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Thailand Turun Menentang UAE Tanpa Kelibat Chanathip Songkrasin

Zulfahmi Arifin Ganti Shakir Hamzah Bagi Hadapi Kelayakan Piala Dunia 2022

Tan Cheng Hoe Mahu Skuad Harimau Malaya Bawa Pulang Tiga Mata Dari Vietnam

Sumber