FA Inggeris (FA) sedang berusaha melobi UEFA untuk menukar lokasi final Liga Juara-Juara 2020/21 dari Istanbul, Turki ke England. Mereka berpendapat bahawa peningkatan kes Covid-19 di Turki seharusnya menjadi pertimbangan oleh UEFA dalam perkara ini.
Final Liga Juara-Juara akan berlangsung di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul pada 29 Mei. Dua pasukan dari England, Manchester City dan Chelsea akan berentap sesama mereka untuk merebut trofi.
Sebelum ini UEFA sudah merancang agar aksi final akan diadakan dengan kemasukan penyokong seramai 8,000 orang. Tetapi situasi ketika ini Britain telah melabel Turki sebagai zon merah dan larangan penerbangan ke Turki buat masa ini.
Selain itu, bagi mereka yang tiba dari Turki ke Britain, mereka perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari.
Turki malah sudah mengenakan lockdown di negara mereka sehingga 17 Mei ini.
Menteri Pengangkutan UK berkata: “Negara zon merah adalah negara yang tidak boleh dikunjungi kecuali dalam keadaan yang paling ekstrem, di mana ujian covid dan pengasingan berulang di hotel yang telah ditetapkan oleh kerajaan.”
BREAKING: The Government is in talks over bringing the Champions League final to Wembley. [Telegraph] #CFC #UCL
— CFCDaily (@CFCDaily) May 7, 2021
“Penduduk bukan Inggeris yang berada di negara merah dalam 10 hari terakhir akan dilarang memasuki UK buat masa ini.”
Oleh sebab itu FA sedang berbincang dengan UEFA mengenai pertukaran venue perlawanan akhir. Malah FA menawarkan diri mereka untuk menjadi tuan rumah untuk final kali ini.
Jurucakap FA berkata: “Kami sangat terbuka untuk menjadi tuan rumah final tetapi pada akhirnya keputusannya bergantung kepada UEFA.”
“Kami sangat terbuka untuk itu tetapi pada akhirnya keputusan dibuat oleh UEFA, tetapi memandangkan ada dua kelab Inggeris di final, kami menantikan apa yang mereka katakan.”
Namun, UEFA menjelaskan awal minggu ini bahawa mereka tidak mempunyai rancangan untuk mengubah lokasi final.
“Final Liga Juara-Juara UEFA akan berlangsung di Istanbul pada 29 Mei dengan jumlah orang yang terhad dan kami yakin bahawa penutupan sementara pada 17 Mei tidak akan diperpanjangkan lagi dan tidak akan memberi kesan pada perlawanan,” kata kenyataan UEFA.
“UEFA terus bekerjasama rapat dengan Persekutuan Bola Sepak Turki dan pihak berkuasa tempatan dan nasional untuk mengadakan perlawanan dengan selamat,” tambah UEFA lagi.
Baca juga artikel
TERKINI: Kecewa Tak Dapat Gaji, Pemain Perak Boikot Sesi Latihan
UEL: Tiada Final ‘All English’, Arsenal Ditendang Keluar Oleh Villarreal