Penyerang Manchester United, Edinson Cavani telah dijatuhi hukuman gantung sekurang kurangnya 3 perlawanan kerana salah laku ketika menggunakan media sosial.
Sebaik sahaja pemain itu memuat naik post tersebut, Football Association (FA) terus menyiasat hantaran media sosial menerusi Instagram yang dimuat naik oleh Cavani yang dituduh ada unsur unsur rasis.
Cavani memuat naik status dengan kapsyen dalam bahasa Sepanyol: “Gracias N*grito” – mengucapkan terima kasih kepada rakannya.
Bagi sesetengah orang di beberapa negara, kenyataan itu adalah ofensif dan berbaur rasis.
The FA will look into a deleted social media post by Edinson Cavani which contained a Spanish phrase that is offensive in some contexts.
Full story: https://t.co/oKLYxbo6sQ pic.twitter.com/ZfvOfz1kD3
— BBC Sport (@BBCSport) November 29, 2020
Difahamkan Cavani memuat naik kapsyen itu yang biasanya digunakan di Uruguay, dan ianya tidak berbaur rasis di sana.
Di Uruguay, Negrito merujuk kepada istilah ‘bro’ di negara lain.
BBC melaporkan pihak Cavani sudah dimaklumkan bahawa ayat yang beliau gunakan itu adalah sensitif di UK.
BBC juga menegaskan Man United juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Cavani.
Cavani minta maaf
Edinson Cavani meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataannya di Instagram. Ini kerana selepas aksi ‘heroic’ menentang Southampton, Cavani memuat naik status menggunakan perkataan negrito.
Ada yang menganggap hantaran tersebut ditujukan kepada Bruno Fernandes. Namun sebenarnya Cavani tujukannya kepada rakannya.
Cavani kemudian memadamkan post tersebut selepas diberitahu bahawa perkataan negrito di UK membawa kepada maksud rasis.
FA Inggeris menjalankan siasatan ke atas post instagram Cavani itu kerana perkataan negrito yang digunakan oleh pemain itu di dalamnya.
FA sebelum ini pernah menggantung Bernardo Silva kerana menggunakan gambar itik berwarna hitam ketika bergurau dengan Benjamin Mendy.
Cavani memohon maaf dan berkata: “Mesej yang saya hantar pada perlawanan Ahad adalam bertujuan untuk memberikan terima kasih dengan mesra kepada rakan, berterima kasih kepadanya kerana ucapan tahniahnya kepada saya selepas perlawanan.”
“Perkara terakhir yang saya mahu lakukan adalah mengguris hati orang lain. Saya sepenuhnya menentang rasisme, dan memadam hantaran tersebut sebaik sahaja saya dimaklumkan bahawa ia diinterprestasikan berbeza.”
“Saya mahu meminta maaf dengan ikhlas untuk perkara ini,” tulis Cavani.
Gary Neville percaya, segala yang berlaku adalah salah FA sendiri yang tidak memberikan pendidikan secukupnya kepada pemain dari luar negara yang datang bermain di England.
FA sebentar tadi mengumumkan keputusan siasatan mereka dan mendapati pemain itu melanggar Peraturan E3. – yang diklasifikasikan sebagai kesalahan berat – merujuk seseorang dengan warna kulit, bangsa, etnik ataupun asal usul.
Manchester United berkata: “Manchester Unite dan kesemua pemain kami komited sepenuhnya kepada usaha menentang perkauman dan kami akan terus bekerjasam dengan FA – serta badan kerajaan lain, mahupun organisasi, juga menerusi kempen kami sendiri yang berkaitan.”
“Kami dimaklumkan oleh FA tentang keputusan siasatan, dan pertuduhan ke atas Edinson Cavani kerana satu balasan kepada mesej tahniah daripada rakannya selepas aksi Southampton.”
“Edinson dan kelab menjelaskan bahawa, sememangnya tiada niat jahat di sebalik mesej itu. Di mana dia terus memadamkannya dan meminta maaf, sebaik sahaja dimaklumkan ianya boleh disalah erti.”
“Pemain kami dan kelab akan mempertimbangkan tuduhan itu dan akan memberikan maklum balas kepada FA seperti yang sepatutnya.”
FA memberikan tempoh sehingga 4 Januari 2021 kepada Cavani untuk memberikan penjelasan. Dan dalam tempoh itu Cavani masih boleh beraksi.
Baca juga perkembangan lain
Mourinho: Pasukan Terbaik Kalah, Liverpool Tak Seperti Juara England, Eropah Atau Juara Dunia
Jadual Padat, Keletihan Dan Tak Cukup Pemain Antara Punca Kekalahan – Lampard