Lee Zii Jia berjaya melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Perancis 2023 selepas menundukkan Weng Hong Yang, awal pagi tadi.
Baca Juga:
- Weng Hong Yang Unggul Atasi Lee Zii Jia Untuk Muncul Juara Terbuka Denmark 2023
- Asian Games 2022: Prannoy Kecewakan Lee Zii Jia Di Suku Akhir
- Asian Games 2022: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir Selepas Tumbangkan Juara Dunia
Kemenangan tersebut sekali gus ‘membalas dendam’ kekalahan Zii Jia ditangan wakil dari China itu pada aksi final Terbuka Denmark yang berlangsung pada minggu lalu.
Beraksi di Glaz Arena Rennes, Zii Jia dilihat lebih bersedia untuk menghadapi Hong Yang pada perlawanan ini berbekalkan kepada corak permainan bertenaga ditampilkannya.
Keadaan itu nyata memberikan tugas yang tidak terlalu sukar buatnya untuk mengesahkan kemenangan ‘straight set’ 21-15 21-11 bagi menempah pertemuan dengan rakan sepasukan Hong Yang iaitu Li Shi Feng.
Sementara itu seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong turut melangkah ke pusingan kedua selepas mudah menewaskan pemain Belanda, Mark Caljouw 21-9, 21-9.
Menanti beliau petang ini adalah pemain tuan rumah, Arnaud Merkle yang mencipta kejutan keatas Lakshya Sen 21015, 21-18.
Sementara itu dua wakil negara dalam beregu campuran turut akan beraksi di pusingan kedua.
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara selepas menundukkan Mads Vestergaard-Christine Busch 21-12, 21-15 untuk berhadapan dengan pasangan Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei-Ng Tsz Yau.
Manakala, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula tidak berdepan masalah membenam cabaran Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang dari Chinese Taipei 21-9, 21-8.
Pasangan kekasih itu akan berhadapan dengan wakil Hong Kong, Tan Chung Man-Tse Ying Suet yang dibimbing oleh legenda badminton Malaysia, Choong Tan Fook.
Dua lagi wakil negara gagal meneruskan kemaraan selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa menarik diri kerana Wooi Yik dikatakan mengalami kecederaan manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun tewas kepada Rasmus Kaejr-Frederik Sogaard 21-18, 18-21, 15-21.