Bekas penjaga gol pasukan Arsenal, Wojciech Szczesny dikenali dengan beberapa siri banter beliau ke atas Spurs ketika bermain bersama The Gunner.
Antara yang paling diingati adalah detik keraian dengan selfie meraikan kemenangan 1-0 di White Hart Lane Hasil.
Arsenal menang tipis ketika itu hasil jaringan tunggal Tomas Rosicky pada Mac 2014.
Szczesny disertai oleh Kieran Gibbs dan Lukas Podolski telah berselfie di hadapan penyokong pasukan lawan. Namun apa yang membuatkan Wenger panas apabila Szczesny memuat naik gambar itu di media sosial.
Bagi penyokong Arsenal mereka sangat menggemari troll seperti itu. Tetapi tidak untuk pengurus mereka Arsene Wenger yang menganggap tindakan itu tidak menghormati lawan mereka.
Szczesny memberitahu bahawa Arsene Wenger langsung tidak gembira dengan tindakannya yang memuatnaik selfie itu untuk menyakat penyokong Tottenham Hotspur.
“Saya pernah sekali membuatkan beliau tidak gembira dan ianya adalah peristiwa selfie yang popular itu di White Hart Lane.”
“Wenger memberitahu saya bahawa beliau langsung tidak suka dengan perbuatan saya itu dan memberikan amaran bahawa beliau tidak mahu melihat saya mengulangi perkara seperti itu di masa akan datang.”
“Saya fikir,ketika itu rasanya saya berusia dalam 21 atau 22 tahun. Pada usia itu kamu akan menikmati perkara-perkara seperti itu.”
“Sekarang, apabila saya imbas kembali detik itu saya sedar bahawa ianya memang tindakan yang kebudak-budakan. Dan saya faham kenapa Coach tidak gembira dengan apa yang saya lakukan pada hari itu.”
“Coach tidak mengambil sebarang tindakan namun beliau mahu saya tahu bahawa dia tidak menyukainya dengan menyuarakannya kepada saya.”
“Wenger memberitahu saya bahawa, kamu tidak akan pernah melihat Iker Casillas melakukan perkara seperti itu. Dan saya berkata, ya kamu mungkin betul.”
https://twitter.com/GurjitAFC/status/1254785593193623552?s=19
Szczesny menegaskan bahawa hubungan beliau dengan Arsene Wenger tetap baik seperti biasa selepas itu dan tiada isu makan hati.
Namun tidak lama selepas itu beliau ditangkap oleh Arsene Wenger sedang merokok di bilik mandi di ruang persalinan pasukan selepas aksi hambar beliau ketika tewas 2-0 di tangan Southampton pada tahun baru 2015.
Baca juga perkembangan bola sepak Eropah yang lain:
Polisi Perpindahan Yang Teruk Adalah Kesilapan Terbesar United
Bundesliga Sudah Sedia Bersambung Pada Mei, DFL Larang Penyokong Berkumpul Luar Stadium