Vietnam Professional Football (VPF) semalam secara rasmi mengumumkan bahawa mereka sudah mempunyai penaja liga yang baru untuk musim 2020 yang akan bermula tidak lama lagi.

LS Group atau nama penuhnya Leading Solution Group merupakan pecahan dari sebuah syarikat gergasi elektronik LG Group asalnya, memiliki lebih 100 anak syarikat di 25 buah negara yang memberikan fokus kepada industri kabel, komponen & mesin, serta perniagaan berkaitan dengan perlatatan elektrikal.

Musim 2019, LS Group sudah mula bertapak dalam industri bola sepak Vietnam apabila mereka merupakan penaja utama saingan V.League 2 dan dikenali dengan nama rasmi LS V.League 2.

1280px-V.League-2_Giải-hạng-Nhất-Quốc-gia-2019

Bermula musim 2020 ini, LS Group dilihat semakin yakin dengan sambutan yang diterima dalam saingan liga bola sepak Vietnam, mereka telah memutuskan untuk menjadi panaja utama kedua-dua divisyen utama liga bola sepak Vietnam iaitu LS V.League 1 dan LS V.League 2.

Saingan V.League 1 musim 2019 ditaja oleh Cafe Wake-up 247, namun syarikat minuman itu tidak meneruskan penajaan bagi tahun 2020.

LS-Logo

Menurut laporan sebuah media dari Vietnam, LS Group bukanlah asing bagi peminat bola sepak dan futsal disana kerana syarikat ini pernah muncul sebagai penaja saingan bola sepak remaja dan juga bola sepak wanita di Vietnam sebelum ini.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Perlawanan V.League 2020 Dijangka Akan Ditunda 2 Hingga 3 Minggu Akibat Isu Coronavirus Yang Serius.

Ceres Negros Pintas Buriram United Sebagai Kelab Bola Sepak Terbaik ASEAN, JDT Kini Dalam Top 5 ASEAN

Kawin Thamsatchanan Dirisik Kelab J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo Untuk Mengisi Posisi Penjaga Gol