Disebabkan isu Coronavirus yang semakin serius terutama di Vietnam, pihak V.League dijangkan akan menunda perlawanan pembukaan liga musim 2020 sekitar 2 hingga 3 minggu untuk memberikan ruang memantau situasi tersebut.

Menurut laporan dari media Vietnam Football Digest, pihak Vietnam Professional Football (VPF) akan mengadakan satu sidang media pada hari Isnin, 3 Febuari 2020 untuk mengumumkan perkembangan mengenai perkara itu secara rasmi.

Sekiranya perkara ini diumumkan secara rasmi esok, ia turut akan memberikan kesan kepada perlawanan Vietnam Super Cup 2020 diantara Hanoi FC bertemu Ho Chi Ming City FC yang dijadualkan akan berlangsung pada 7 Febuari 2020 di Thong Nhat Stadium.

77387112_596792124423636_976516194053914624_o

Selain itu, perlawanan pembukaan kejohanan Vietnam Cup 2020 bagi setiap kawasan yang akan bermula pada 9 Febuari 2020 juga terpaksa ditunda dan semua jadual perlawanan bola sepak diperingkat domestik terpaksa diubah dan akan dimaklumkan kepada semua pasukan secepat mungkin.

Musim 2020 ini, sebanyak 14 pasukan akan beraksi dalam saingan V.League 1 dan 13 pasukan akan bertarung dalam saingan V.League 2020.

Musim 2019, Hanoi FC telah muncul sebagai juara saingan V.League 1, tetapi gagal layak ke saingan kelayakan play-off AFC Champions League 2020 disebabkan tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh AFC.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Vietnam yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Pemain Naturalisasi Liga Vietnam Ini Dipenjara 16 Tahun Selepas Bersalah ‘Scam’ Perempuan Tempatan

Consadole Sapporo Tawarkan Gaji RM7,500 Sebagai Penterjemah Bahasa Vietnam Selama 1 Musim

Nguyen Quang Hai Telah Beraksi Dalam 125 Perlawanan Dalam Tempoh 2 Tahun, Catat Lebih 10,000 Minit Masa Bermain

Sumber