Bekas pengadil yang pernah bertugas selaku pegawai keempat aksi Piala Dunia 2010, Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa sewajarkan mendapat hukuman susulan tindakannya ketika perlawanan bertemu Perak FC, tempoh hari.

Aksi di Stadium Perak yang berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 2-2 itu menyaksikan pemain kacukan tersebut bertindak keterlaluan dengan menyentuh pengadil bertugas, Noor Azriel Baharudin ekoran rasa tidak tidak puas hatinya terhadap keputusan dibuat pada penghujung perlawanan.

Menurut sumber Berita Harian (BH) Online, Subkhiddin yang turut pernah bergelar Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melihat tindakan Insa itu sebagai keganasan terhadap pengadil.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu badan induk bola sepak tanah air tersebut supaya mengambil tindakan tegas terhadap Insa dan tidak terkecuali buat pemain lain yang melakukan perkara sama.

“Kalau pengadil buat silap, mereka terus digantung perlawanan tetapi kalau pemain terpaksa tunggu Jawatankuasa Disiplin buat keputusan dahulu yang mana ia memakan masa. Disebabkan tiada tindakan tegas, keganasan seperti ini terus berlaku.”

“Ini bukan untuk Natxo sahaja tetapi kepada mana mana pemain yang bertindak ganas seperti itu.”

“Kita ‘reman’ mereka dahulu sebelum dapat keputusan dan selepas itu beri penggantungan mungkin untuk semusim sebagai pengajaran supaya ia tidak berulang.

“Ini kerana kita lihat pemain sekarang seolah-olah tidak menghormati pengadil. Malah kalau diberikan klip video (Insa) itu kepada mana-mana pengadil antarabangsa sekalipun, mereka pasti menjawab kad merah perlu dilayangkan,” ujar Subkhiddin bercakap kepada wakil BH Online.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Faktor Utama Mengapa Thomas Dooley “Direhatkan” Sebagai Pengendali Sri Pahang

‘Kecewa Dalam Lega’ Buat Yee Fatt Selepas Aksi Bertemu JDT

Perlawanan JDT Bertemu Selangor Catatkan 1.5 Juta Tontonan, Lebih 4 Juta Tontonan Untuk 6 Aksi Liga Super Malaysia LS4

 

 

Sumber