Sri Pahang mengambil langkah drastik pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim 2021 yang dibuka pada Isnin lalu apabila menandatangani empat pemain import.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang dimana tiga pemain sudah berada di Kuantan.
“Ketika ini, tiga pemain sudah berada di Kuantan manakala seorang lagi masih menjalani tempoh kuarantin yang akan berakhir Rabu ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Empat pemain import baharu yang ditandatangani ialah Aung Kaung Mann (Myanmar), Manuel Hildago (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Anthiu (Australia).
Datuk Suffian enggan mendedahkan pemain import mana yang akan digugurkan dalam skuad ketika ini bagi memberikan laluan kepada pemain baharu.
Musim ini, Pahang bermula dengan lima pemain import iaitu Yevhen Bokhashvili (Ukraine), Herold Goulon (Perancis), Lee Tuck (England), Mamadou Wague (Lubnan) dan Pedro Henrique (Timor Leste).
Namun, prestasi yang ditampilkan oleh lima pemain di atas khususnya di bahagian serangan kurang memberangsangkan sehingga menyebabkan kelab dari Pantai Timur itu menduduki zon penyingkiran dalam carta Liga Super ketika ini.
Ramai pihak berpendapat hanya Herold Goulon yang dikekalkan dan empat lagi pemain bakal digugurkan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Azraai: Kempen Liga Makin Menarik Dengan Persaingan Empat Pasukan
Selangor Perkenalkan Jersi Ketiga Dan Kit Edisi Khas Sempena Ulang Tahun Ke-85