UEFA kini sedang membincangkan untuk menyingkirkan kelab Rusia, Spartak Moscow dari pertandingan Liga Europa.
Koresponden Alexandra Johnson menyatakan bahawa keputusan itu berkait rapat dengan usaha UEFA untuk menyingkirkan mana mana pasukan dari Rusia daripada pertandingannya.
Looks like UEFA has taken the decision to cancel the match between Red Bull Leipzig and Spartak Moscow in Europa League, and exclude the Russian side from the competition https://t.co/09KjQtzAU6
— Alexandra Jonson (@AlexandraJonson) February 28, 2022
Sebelum ini beberapa pasukan sudah menyatakan bahawa mereka tidak mahu melawan Rusia dalam aksi antarabangsa.
FIFA malah sedang mempertimbangkan untuk melarang Rusia bertanding dengan bendera Rusia ataupun menggunakan lagu kebangsaan Rusia. Sebagaimana hukuman yang dikenakan IOC ke atas Rusia sebelum ini.
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine mendapat perhatian daripada dunia. Ramai yang menentang operasi ketenteraan oleh Rusia di Ukraine.
Tempias daripada perkara itu terkena kepada kelab Spartak Moscow. Keputusan UEFA untuk menyingkirkan Spartak dijangka akan diumumkan pada hari ini.
Ini bermakna RB Leipzig akan terus diberikan bye ke pusingan suku akhir yang akan dimainkan pada 7 dan 14 April akan datang. Sebelum ini RB Leipzig menewaskan Real Sociedad untuk mara ke pusingan 16 akhir.
BILD melaporkan bahawa dalam beberapa hari ini RB Leipzig mengadakan perbincangan yang rumit dengan UEFA tentang bagaimana mereka mahu menentang Spartak Moscow yang kini negara mereka sedang berperang?
Tindakan UEFA itu menimbulkan perdebatan kerana ianya seolah olah mencampur adukkan politik dengan bola sepak. Sedangkan FIFA dan UEFA selama ini melarang sama sekali campur tangan politik dalam bola sepak.
Ramai yang meminta UEFA mencari alternatif lain selain daripada menyingkirkan Spartak hanya kerana dasar kerajaan Vladimir Putin.