Skuad Indonesia bawah 19 tahun (B-19) kali ini mengadakan kem latihan pusat di Eropah bermula bulan September ini sebagai persiapan menghadapi Kejohanan AFC B-19 dan Piala Dunia B-20 tahun depan.
Mereka bukan sahaja menjalani latihan tetapi turut menyertai kejohanan jemputan antarabangsa anjuran Federasi Bola Sepak Croatia (HSN) bersama 3 pasukan lain iaitu tuan rumah (Croatia), Bulgaria dan Arab Saudi.
Kejohanan ini turut menjadi medan ketua jurulatih, Shin Tae-yong untuk menguji sejauh mana kekuatan mental dan fizikal anak buahnya menghadapi pasukan yang lebih kuat.
Ketum PSSI (Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia), Iwan Bule turut mengesahkan perkembangan itu menerusi laman web rasmi badan induk itu.
“Kami sudah dapat info dari Federasi Bola Sepak Croatia (HSN) bahawa skuad B-19 akan menentang Croatia, Bulgaria dan Arab Saudi.
“Sudah tentu ini lawan yang bagus dan kuat bagi skuad B-19. Mereka akan menyertai kejohanan antarabangsa B-19 yang berlangsung pada 2 hingga 8 September,” katanya dalam satu kenyataan.
South Korea ❎
Croatia ✅Indonesia U19 will hold training camp in Croatia. Shin Tae Yong and his boys don't need to go through quarantine upon arrival. The U19 also will join 4 teams mini tournament, including Croatia.
(PSSIcom) pic.twitter.com/UIjMeu2S07
— footballIndonesia (@footballinanews) August 20, 2020
Iwan Bule turut menyifatkan pemilihan Croatia sebagai kem latihan pusat adalah tepat bagi memastikan pemain dapat membiasakan diri dengan keadaan cuaca sejuk di Uzbekistan (Venue perlawanan Kejohanan AFC B-19).
Dalam kejohanan AFC B-19, Indonesia diundi dalam kumpulan A bersama tuan rumah (Uzbekistan), Iran dan Kemboja.
“Kem latihan di Croatia ini kami harap dapat dimanfaatkan dengan baik oleh pemain. Mereka harus bekerja keras dan terus berusaha demi mendapat keputusan yang positif di AFC B-19 dan juga Piala Dunia B-20 nanti.
“Apalagi di Croatia, skuad B-19 tidak perlu melakukan proses kuarantin dan suhu tidak banyak beza dengan Uzbekistan,” tambahnya.
Jadual perlawanan skuad Indonesia B-19 di sana:
2 September 2020: Indonesia vs Croatia
5 September 2020: Indonesia vs Bulgaria
8 September 2020: Indonesia vs Arab Saudi
Baca juga artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Bekas Pemain Schalke 04, Atsuto Uchida Umum Persaraan Di Usia 32 Tahun
Kerajaan Thailand Benarkan 25 Peratus Penyokong Bola Sepak Masuk Ke Stadium
Tonggak Pertahanan Skuad Kebangsaan Australia Sah Sertai KV Kortrijk