Walaupun saingan AFC B-19 telah ditangguhkan pada tahun depan, namun skuad Indonesia B-19 melakukan persiapan awal bagi memastikan mereka mendapat keputusan yang positif sebelum hadapi Piala Dunia B-20.
Sejak dibawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Shin Tae-yong, banyak perubahan telah dilakukan termasuk pertukaran gaya pemakanan setiap pemain untuk membentuk fizikal yang lebih mantap.
Ketika ini, mereka mengadakan kem latihan pusat di Eropah sehingga akhir bulan Oktober. Sepanjang berada di sana, beberapa perlawanan persahabatan telah diaturkan bertemu kelab dari Croatia termasuk pasukan kebangsaan Macedonia Utara B-19.
Indonesia meraih kemenangan besar apabila membelasah Macedonia 4-1. Pemain berdarah campuran England, Jack Brown menjadi pemain yang cemerlang dalam perlawanan itu apabil menjaringkan dua gol.
Gol pertama Indonesia dijaringkan oleh Witan Sulaeman pada minit ke 13. Di separuh masa kedua, Macedonia sempat menyamakan kedudukan tetapi ia tidak mematahkan semangat anak buah Shin Tae-Yong untuk terus menambah 3 lagi gol.
Dalam perlawanan itu, pemain Ipswich Town, Elkan Baggot turut melakukan penampilan pertama dan aksinya mendapat pujian daripada Shin Tae-yong.
“Elkan bermain bagus sebagai center back, selain itu dia senang bekerja sama dengan pemain lain.
“Dia punya fizikal yang tinggi, kuat dan kemampuan membaca permainan dengan baik,” katanya.
Hal ini memberi gambaran bahawa Shin Tae-yong kini sudah mempunyai gambaran barisan yang mantap dan tak mustahil skuad Indonesia B-19 akan menjadi pencabar terkuat dalam saingan AFC B-19 dan juga Piala Dunia B-20.
Selepas ini, mereka kembali menghadapi Macedonia dalam perlawanan persahabatan kedua pada hari rabu ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
AFC Keluarkan Jadual Bagi Perlawanan Kumpulan G Dan H Saingan ACL