Seperti semua sudah sedia maklum, tiket perlawanan persahabatan diantara Malaysia bertemu Jordan yang akan diadakan pada 30 Ogos nanti sudah pun boleh dibeli melalui TicketHotline.
Apa yang lebih menarik adalah tiket bagi perlawanan ini sudah menggunakan sistem tempat duduk bernombor seperti yang disuarakan oleh ramai penyokong bola sepak Malaysia selama ini.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merealisasikan perkara ini seperti yang dinyatakan oleh pengerusi mereka Tan Sri Tony Fernandes pada 16 Ogos lalu –Jualan Tiket Stadium Bukit Jalil Mengikut Nombor Tempat Duduk Dan 100% Secara Online.
VocketFC telah membeli tiket bagi perlawanan ini menggunakan pautan diatas, dan selepas beberapa minit membuat bayaran serta menerima pengesahan, e-ticket akan dihantar ke email yang anda taip semasa membuat pembelian.
Dibawah ini adalah rupa tiket perlawanan persahabatan Malaysia bertemu Jordan yang diterima dan nombor tempat duduk anda dipaparkan dengan jelas. Tiada lagi isu tempat duduk bermafla selepas ini.
Sila cetak atau simpan salinan tiket ini untuk ditunjukkan kepada pegawai bertugas dipintu masuk stadium mengikut pintu yang tertera dalam tiket anda bagi memudahkan aliran masuk.
Berdasarkan pemerhatian kami, section dan nombor kerusi akan diberikan secara rawak oleh sistem dan pembeli tidak boleh memilih tempat duduk seperti membeli tiket wayang setakat ini.
Kemungkinan, jika membeli lebih dari 1 tiket, nombor tempat duduk akan diberikan secara berturutan.
Walaupun beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai caj yang dikenakan kepada tiket perlawanan persahabatan ini, dengan penggunaan sistem tiket tempat duduk bernombor ini kami berharap tiada lagi isu-isu seperti tempat duduk bermafla, duduk ditangga dan sebagainya.
Terima kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat terutama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta TicketHotline.
Jualan Tiket Stadium Bukit Jalil Mengikut Nombor Tempat Duduk Dan 100% Secara Online
Tiket Perlawanan Malaysia Menentang Jordan Mula Dijual Secara Dalam Talian
Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu Jordan Dikenakan Caj Sehingga 85.4% Lebih Tinggi Dari Harga Asal