Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md. Dali Wahid mengesahkan peminat bola sepak tempatan tidak akan menyaksikan kelibat pengadil Profesional dalam Liga Malaysia musim ini apabila Sistem Pengadil Profesional Malaysia (MProRS) terpaksa ditangguhkan pada tahun 2021.

Menurut kenyataannya dalam kosmo, penangguhan itu adalah disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan perjalanan saingan Liga Malaysia.

“Sepatutnya MProRS akan mendedahkan senarai pendek calon pengadil profesional pada Julai lepas. Namun, penangguhan Liga M hampir lima bulan telah menjejaskan perancangan yang telah diaturkan sebelum ini.

“Namun, projek ini tetap akan diteruskan dengan jangkaan kami ia akan dimulakan pada tahun depan. Cuma, ia akan didedahkan sendiri oleh Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin),” katanya.

118526781_3152619784834764_5100868729905094346_o
FOTO: FAM

6 pengadil tempatan telah disenaraikan pendek sebelum ini iaitu Muhammad Nazmi Nasaruddin, Mohd Yaasin Mohd Hanafiah, Zulkarnain Zakaria, Muhammad Faizuddin Ismail, Razlan Joffri Ali dan Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman.

Keenam-enam calon itu akan dinilai prestasi mereka apabila saingan Liga Malaysia kembali bersambung minggu ini sebelum dua pengadil terbaik akan ditawarkan kontrak untuk bergelar pengadil profesional pertama Malaysia.

Dua pengadil tersebut turut menikmati imbuhan lumayan kira-kira hampir RM500,000 setahun termasuk kos pengurusan dan pentadbiran.

FAM semalam mengumumkan jersi baharu tajaan Kronos yang akan mula dipakai oleh para pengadil Liga Malaysia musim ini.

Kronos, jenama sukan yang tidak asing lagi di negara ini merupakan penaja rasmi pakaian pengadil Liga Malaysia bagi musim 2019 hingga 2021.

118308351_3152618588168217_8660462449108667366_o
FOTO: FAM

“Perbezaan musim ini akan memberi impak buat pengadil untuk memperagakan prestasi yang lebih baik ketika mengadili baki saingan musim ini kerana sebelum ini, jersi pengadil adalah hitam, kelabu, torquoise dan ungu.

“Dengan rekaan baharu ini, ia akan dapat kerap digunakan pengadil kerana kebarangkalian untuk bertembung warna dengan jersi pasukan bertanding sangat rendah,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai pengadil yang mungkin anda terlepas pandang.

2 Pengadil Elit AFC Dari Malaysia Terpilih Mengendalikan Perlawanan Liga Vietnam

4 Pengadil Jepun Akan Mengendalikan Perlawanan Malaysia Bertemu UAE

Pengadil Kontroversi Final Piala Malaysia 2018 Digantung Tugas