Kelab yang beraksi dalam saingan Belgium Jupiler Pro League, Sint-Truiden terus menambah koleksi pemain dari rantau Asia apabila mereka menandatangani bekas ‘wonder kid’ Korea Selatan, Lee Seung-woo dari kelab Itali, Hellas Verona.
Lee Seung-woo merupakan graduan daripada salah satu akademi bola sepak terbaik di dunia, La Masia dan beraksi bersama Hellas sejak dua musim terakhir selepas meninggalkan Barcelona B pada 2017 lalu.
🐥🇰🇷 #WelcomeSeungwoo
➡️ Meer info over onze nieuwe transfer via https://t.co/D78HYb7lRj.#STVV #Transfers #Welcome pic.twitter.com/NkpnQAPNBT
— STVV (@stvv) August 30, 2019
Sebelum ini, Sint-Truiden telah menandatangani beberapa pemain dari rantau Asia seperti tiga pemain dari Jepun iaitu Daniel Schmidt, Tatsuya Ito, Yuma Suzuki dan bintang Vietnam, Nguyen Cong Phuong.
Seung-woo bakal memberikan saingan kepada Cong Phuong bagi mengisi posisi pemain tengah menyerang dalam kesebelasan utama pasukan. Penglibatan Cong Phuong bersama Truiden setakat ini sangat minimum dimana beliau sering memanaskan bangku simpanan.
Penampilan pertama Cong Phuong hadir ketika beliau dimasukkan pada perlawanan antara Truiden menentang Club Brugge dimana Sint-Truiden tewas dengan keputusan 6-0.
Ketika ini Sint-Truiden sedang menduduki tangga ke-12 dengan kutipan 7 mata daripada 6 perlawanan. Seung-woo dijangka membuat penampilan sulung pada perlawanan menentang Waasland-Beveren 15 September nanti.
Baca artikel mengenai Sint-Truiden di sini:
Impak Kemasukan Nguyen Cong Phuong, Jumlah Pengikut Laman Sosial Sint-Truidense VV Naik Mendadak
Nguyen Cong Phuong Sah Akan Sertai Kelab Divisyen 1 Belgium, Sint-Truiden VV
Bek Kiri Vietnam, Doan Van Hau Sah Sertai Kelab Eredivisie SC Heerenveen