Pemain bintang skuad kebangsaan Vietnam yang kini beraksi dalam Jupiler Pro League (liga divisyen 1 Belgium), Nguyen Cong Phuong telah penampilan pertama semalam apabila Sint-Truiden VV bertemu dengan Club Brugge.

Nguyen Cong Phuong disenaraikan dalam barisan pemain simpanan pada awalnya telah masuk menggantikan Alexander De Bruyn pada minit ke 70 permainan.

https://twitter.com/vietfooty/status/1157452334609440769?s=21

Dengan debut itu juga menjadikan Nguyen Cong Phuong sebagai pemain Vietnam ke-2 turun beraksi di Eropah selepas kali pertama dilakukan oleh Le Cong Vinh ketika beraksi bersama Leixões SC dalam saingan Primeira Liga (liga divisyen 1 Portugal) musim 2009/2010.

Nota: Le Cong Vinh beraksi dengan Leixões SC secara pinjaman selama 3 bulan bermula 1 September 2019 ketika Henrique Calisto yang ketika itu adalah jurulatih skuad kebangsaan Vietnam yang juga bekas ketua jurulatih dan pemain Leixões SC.

Dalam perlawanan ke-2 liga bertemu Club Brugge itu Sint-Truiden VV telah tewas dengan margin besar 6 gol tanpa balas, dan berada dikedudukan tercorot liga.