Pemain pertahanan kiri Hanoi FC, kelab dalam liga V.League 1, Doan Van Hau dilaporkan akan menyertai SC Heerenveen dalam saingan Eredivisie musim baru 2019/2020.
Kenyataan ini dikeluarkan melalui laman sosial Facebook rasmi Hanoi FC hari ini serta turut menyatakan Van Hau akan beraksi secara pinjaman selama 1 musim dengan pilihan untuk perpindahan kekal musim hadapan.
Dalam kemaskini itu juga, SC Heerenveen telah mengadakan perbincangan bersama pihak kelab Vietnam itu sejak 2 bulan yang lalu selepas memerhatikan prestasi dan persembahan Van Hau dalam satu tempoh masa yang panjang.
SC Heerenveen juga komited untuk memberikan peluang kepada Van Hau beraksi serta yakin pemain ini memiliki kualiti yang memenuhi requirement untuk beraksi dalam liga bola sepak Belanda.
Doan Van Hau akan mengambil penerbangan ke Belanda malam ini dan ujian kesihatan telah dijadualkan pada 2 September. Sejurus selepas itu, majlis tandatangan kontrak akan dilakukan beberapa jam sebelum jendela perpindahan liga Belanda ditutup.
Kelab Hanoi FC ketika ini berada dipuncak liga V.League 1 2019 dan juga telah layak ke pusingan Inter-zone Final dalam kejohanan AFC, dijadualkan bertemu pasukan dari Korea Utara, April 25 SC.
Dengan perpindahan ini juga menjadikan Vietnam memiliki 2 pemain dari skuad kebangsaan mereka beraksi dalam saingan liga di eropah selepas Nguyen Cong Phuong diikat secara pinjaman bersama Sint-Truiden VV dalam saingan Jupiler PRO League di Belgium.
Baca artikel menarik lain yang berkaitan dengan Vietnam dibawah.
AFC MA Ranking: Vietnam Pintas Kedudukan Malaysia Di Kedudukan Ke-7 Asia Timur
Park Hang-seo Panggil 27 Pemain Sertai Pasukan Kebangsaan Vietnam
Pemain Vietnam Ini Tampil Melakukan Debut Dalam Saingan Liga Divisyen 1 Belgium