Bintang muda Korea Selatan, Lee Seung-woo dilaporkan semakin hampir untuk menyertai kelab Portugal, Portimonense SC secara pinjaman sehingga penghujung musim 2020/2021.

Perkara ini dikongsikan oleh Asian Football di laman media sosial Twitter dimana Seung-woo sebelum ini beraksi bersama kelab Belgium, Sint-Truidense.

Seung-woo mengalami situasi sukar di Sint-Truidense apabila beliau gagal untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama pasukan serta sering diketepikan daripada skuad utama.

Sepanjang dua musim beraksi di Belgium, Seung-woo hanya menjaringkan dua gol dan membuat 11 penampilan. Satu rekod yang tidak digemari oleh peminat dari Korea.

Lee Seung-woo
Sumber Gambar: Xe Va The Tao

Sebelum ini, pemain sayap negara, Safawi Rasid beraksi bersama Portimonense namun beliau kembali ke Malaysia setelah tiga bulan setelah gagal mendapat tempat dalam skuad utama.

Pembelian Lee Seung-woo ini dilihat sebagai pengganti kepada Safawi dan Portimonense mempunyai peluang untuk menandatangani pemain itu secara tetap sekiranya menampilkan prestasi cemerlang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Asia yang beraksi di Eropah di sini:

Minit Bermain Berharga Bagi Luqman Hakim

Egy Maulana Cetak Satu Gol, Lechia Gdansk Menang Telak 9-1 Atas Olimpia

Faktor Utama Mengapa Jersi Nombor 9 KV Kortrijk Bertukar Tangan