Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dikhabarkan bakal menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah saingan Liga Malaysia musim 2020 melabuhkan tirainya.

Perkara ini menjadi pebincangan setelah pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim “berinteraksi” bersama Sumareh di laman Instagram pemain itu sekaligus ramai pihak melihat ini adalah klu terkini berkaitan perpindahan Sumareh ke JDT.

Kehilangan
Interaksi TMJ dan Sumareh

Jika Sumareh menyertai JDT pada musim hadapan, maka salah seorang pemain sayap utama pasukan iaitu Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera mungkin terpaksa dikorbankan sekaligus kehilangan tempat bagi memberi laluan kepada Sumareh untuk tampil dalam kesebelasan utama.

Sejak menyertai JDT pada 2017 lalu, kedua-dua pemain menjadi pilihan untuk mengisi posisi sayap kanan dan juga kiri dalam kesebelasan utama dan menjadi nadi utama pasukan.

Cabrera sentiasa menduduki Top 6 dalam carta penjaring terbanyak Liga Super manakala Safawi menjalani transformasi dengan menjadi salah satu pemain sayap tempatan terbaik dalam saingan Liga Malaysia.

Kehilangan
Sumber Gambar: JST

Melihat kepada prestasi yang telah ditampilkan oleh Safawi dan Cabrera, ketua jurulatih serta pengurus JDT, Benjamin Mora dan Luciano Figueroa dilihat bakal berdepan kesukaran untuk memilih dua pemain yang akan mengisi posisi sayap dalam kesebelasan utama sekiranya Sumareh menyertai pasukan musim hadapan.

Dari sudut lain, kehadiran Sumareh akan memberikan persaingan yang kompetitif terhadap Safawi dan Cabrera dan perkara ini akan memberi kelebihan buat JDT dimana mereka mempunyai tiga pemain sayap berkualiti yang sentiasa berdeia untuk diturunkan.

Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh dan Johor Darul Ta’zim di sini:

ASEANFootball: Perpindahan Mohamadou Sumareh Ke JDT Bakal Jadi Kenyataan Hujung Tahun Ini.

Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim

Kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC Mahu Berguru Dengan Johor Darul Ta’zim