Sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia, Borneo FC mahu berguru dengan juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Presiden Borneo, Nabil Husein menegaskan beliau sudah lama mengagumi Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga cara baginda mengelola kelab hingga mencapai tahap seperti sekarang.
Tambah Nabil, apabila penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda Indonesia dan Malaysia ketika ini dapat dikawal, beliau akan membawa delegasi bagi bertemu dengan TMJ serta belajar beberapa perkara dari juara Piala AFC 2015 itu.
“Beliau (TMJ) adalah orang yang saya kagumi. Passion beliau mengenai bola sepak adalah luar biasa. Perkara ini menjadi hal positif yang boleh dicontohi oleh kelab di Indonesia.
“In Sha Allah setelah wabak COVID19 ini dapat dikawal, saya akan bersilaturahim ke Johor bagi menemui beliau. Saya juga akan membawa pegawai pengurusan bagi mengunjungi JDT,” kata Nabil.
Saingan Liga Malaysia dan Liga 1 Indonesia ketika ini dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak COVID-19.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga 1 Indonesia di sini:
Muncul Klub Baru Bernama RedBull Depok FC, Dikabarkan Bakal Ikut Liga 3
Tanggapan Ketua Asprov PSSI Jawa Barat Soal RedBull Depok FC
Cerita Ilija Spasojevic, Cita-cita Gabung Real Madrid Hingga Terkejut Dengan Sepak Bola Asia