Bintang muda Jepun, Takefusa Kubo menjadi buruan beberapa kelab dalam saingan La Liga selepas menampilkan prestasi cemerlang bersama Real Mallorca dalam saingan musim 2019/2020.
Meskipun Mallorca tersingkir ke divisyen kedua musim hadapan, namun Kubo sentiasa menampilkan persembahan terbaik sekaligus menarik minat beberapa kelab untuk mendapatkan khidmat beliau.
Menurut laporan Defensa Central, Sevilla berminat untuk mendapatkan Kubo secara pinjaman sekaligus memperkuatkan jentera serangan pasukan.
Pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane dikhabarkan bersetuju sekiranya Kubo menyertai Sevilla selepas beliau menyaksikan perkembangan positif Sergio Reguilon, pemain pertahanan Real yang dipinjamkan ke kelab yang dikendalikan bekas pengurus Real, Julen Lopetegui itu.
Selain Sevilla, ada tiga lagi kelab La Liga yang juga mahu mendapatkan Kubo iaitu Villarreal, Real Betis dan Real Sociedad manakala kelab dari luar Sepanyol pula ada Paris Saint-Germain dan AC Milan.
Baca artikel lain mengenai Takefusa Kubo di sini:
Real Madrid Mahu Takefusa Kubo Sertai Real Sociedad Walaupun AC Milan ‘Cucuk Rapat’ Bakat Jepun Ini
Takefusa Kubo Mahu Berada Dalam Perancangan Zinedine Zidane Musim Hadapan
Takefusa Kubo: Messi Masih Rujukan Saya Namun Barcelona Hanyalah Kisah Silam