Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Yunus Nusi memberi bayangan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu, Luis Milla bakal menuju ke Malaysia.
Nama Milla kembali menjadi perbincangan peminat bola sepak Indonesia setelah skuad Garuda gagal mencatat sebarang kemenangan dalam aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang baru sahaja berakhir.
UAE dinobatkan sebagai juara Kumpulan G selepas menewaskan Vietnam 3-2. UAE dan Vietnam layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.
Manakala Malaysia raih kedudukan ketiga dengan 12 mata hasil daripada 4 kemenangan dan 4 kekalahan. #AsianQualifiers #WCQ2022 pic.twitter.com/Uup7WmXMlS
— VOCKET FC (@vocketfc) June 15, 2021
Ketika ditanya sama ada Milla akan kembali menjadi ketua jurulatih, Yunus menyatakan perkara itu tidak akan terjadi dalam waktu terdekat.
Yunus menegaskan PSSI masih percaya dengan kemampuan ketua jurulatih ketika ini, Shin Tae-yong bagi membimbing Garuda, selain beliau mendengar khabar Milla bakal menjadi ketua jurulatih di Malaysia.
“Setakat ini tiada komunikasi antara kami, kecuali membaca berita-berita yang ada. Katanya beliau (Luis Milla) akan ke Malaysia. Hanya itu yang kita tahu,” kata Yunus dalam satu temu bual bersama Sportstars.id.
Milla membimbing skuad senior serta B-23 tahun Indonesia pada 2017 hingga 2018 dimana beliau memenangi pingat gangsa ketika temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Bekas pemain Barcelona dan Real Madrid itu disukai oleh peminat kerana Indonesia mempamerkan permainan yang menarik. Namun, pada Oktober 2018, kontrak Milla ditamatkan oleh PSSI.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
JDT Nafi Tuduhan Mereka Punca Penurunan Prestasi Safawi Rasid
Jepun Ada 451 Pemain Di Serata Eropah, 250 Pemain Aktif Bermain Dalam Liga Bola Sepak Jerman.