Serie A sudah sedia untuk menyambung semula liga bola sepak mereka. Ini selepas kerajaan mengeluarkan garis panduan kepada pasukan yang terlibat.
Beberapa pasukan sudah bersedia untuk memulakan semula sesi latihan mereka selepas lama berehat.
Pengurus Inter Milan, Antonio Conte menegaskan bahawa pasukannya akan memulakan latihan individu pada 4 Mei ini. Namun sesi latihan adalah mengikut prosedur penjarakan sosial.
Serie A clubs can return to training on May 4 with individual sessions behind closed doors, the Italian Prime Minister has announced 🇮🇹 pic.twitter.com/kmI3AJ9anI
— GOAL (@goal) April 26, 2020
Sementara itu latihan berpasukan akan bermula pada 18 Mei dengan mengikut garis panduan khas.
Conte menyatakan bahawa Menteri Sukan Itali, Vincenzo Spadafora, bekerjasama dengan saintis untuk memastikan acara sukan termasuk bola sepak Itali dapat disambung semula.
Kesemua baki perlawanan bakal dilangsungkan di dalam stadium kosong. Tetapi buat masa ini masih belum ada tarikh khusus diberitahu.
Namun koresponden Fox Sports, Adriano Del Monte meramalkan Serie A akan bersambung semula pada akhir bulan Mei.
⚽️ #SerieA latest: FIGC agree to postpone tentative season end date from June 30 to August 2, pending government approval.
Potential season in Italy:
• May 27 – Coppa Italia return
• May 31 – Serie A return
• August 2 – Serie A ends
• August 9 – UCL/UEL return pic.twitter.com/BDXhsxjaze— Adriano Del Monte (@adriandelmonte) April 23, 2020
FA Itali (FIGC) sudah mengeluarkan protokol kesihatan untuk sesi latihan setiap pasukan yang wajib dipatuhi.
Setiap pasukan perlu memeriksa pemain, jurulatih dan staf mereka yang terlibat di dalam sesi latihan.
Kesemua sesi latihan adalah berasingan di dalam satu kem. FIGC juga sedang merancang untuk memberikan 5 kit ujian Covid-19 kepada setiap pasukan.
Itali merupakan negara eropah yang pertama terkena impak paling teruk oleh Koronavirus. Serie A telah ditangguhkan sejak 9 Mac.
Juara bertahan 8 kali, Juventus hanya 1 mata di atas Lazio dengan baki 12 perlawanan lagi.
Bundesliga antara liga yang sudah memaklumkan bahawa mereka akan kembali pada bulan hadapan.
Di Sepanyol pula, satu lagi negara yang teruk terkena impak Koronavirus menyatakan mereka belum ada bayangan untuk kembali menyambung aksi liga.
Malah sesi latihan masih belum dibenarkan lagi.
Walaubagaimanapun Presiden La Liga, Javier Tebas menegaskan mereka komited untuk menyambung aksi liga bagi memastikan setiap pasukan tidak merasai impak ekonomi yang sangat teruk jika Liga dibatalkan.
Buat masa ini hanya Liga Belanda yang sudah membuat kenyataan rasmi bahawa Liga mereka dibatalkan dan tiada pemenang mahupun penyingkiran.
Liga Belgium sebelum ini menyatakan liga mereka dibatalkan dan Club Brugge diumumkan juara. Namun mereka akan membuat satu lagi sesi undian dalam masa terdekat melibatkan rakan kongsi Liga Belgium.
Ini selepas beberapa pasukan menyuarakan bantahan terhadap keputusan itu.
Baca juga berita lain dari Eropah:
Szczesny Dedah Wenger Tak Suka Dengan Keraian Troll Selfie Di White Hart Lane
Real Madrid Tamatkan Baki Musim Ini Di Stadium Kecil 6,000 Tempat Duduk