Para pemain Chelsea telah menolak cadangan kelab untuk pemotongan gaji mereka sebanyak 30%. Sebaliknya mereka hanya bersetuju jika itu adalah angka deferral / bayaran ditangguhkan.
Buat masa ini perbincangan masih lagi dijalankan selepas kegagalan mencapai persetujuan dalam perbincangan sebelum ini.
Para pemain Chelsea mencadangkan kepada kelab bahawa mereka mahu dipotong hanya 10 peratus sahaja berbanding dengan 30 peratus yang dicadangkan oleh pihak pengurusan tertinggi kelab.
Namun terdapat sumber dalaman dari pasukan Chelsea yang menyatakan bahawa para pemain belum pernah menghantar kertas cadangan rasmi tentang pemotongan gaji 10 peratus yang mereka mahukan.
Oleh sebab itu pasukan Chelsea sudah mengeluarkan kenyataan bahawa para pemain akan dibayar gaji penuh buat masa ini.
Ini kerana perjanjian untuk pemotongan gaji masih belum dapat dimeterai.
Chelsea masih lagi berusaha untuk memujuk para pemainnya menerima pemotongan gaji. Walaupun mereka mungkin terpaksa akur bahawa para pemain tidak setuju dengan pemotongan 30 peratus.
Pemotongan gaji itu adalah untuk mengurangkan impak ekonomi kelab kerana wabak covid 19.
Premier League sebelum ini sudah mengeluarkan cadangan bahawa setiap kelab boleh berbincang dengan pemain untuk pemotongan gaji dan tidak lebih daripada 30 peratus.
Ini berdasarkan apa yang telah dipersetujui dari persidangan atas talian di antara Premier League, wakil kelab dan Kesatuan Pemain / PFA.
Namun begitu, pemain Chelsea menerima jika kelab hanya menangguhkan pembayaran 30% daripada gaji mereka (deferral).
Deferral adalah penangguhan bayaran di mana-mana pemain boleh mendapatkan semula wang mereka apabila kewangan kelab kembali stabil.
Jika pemotongan gaji pula, bermaksud para pemain akan kehilangan wang tersebut secara mutlak dan menjadi milik kelab.
Buat masa ini, para pemain Chelsea menegaskan bahawa mereka tidak mahu wang itu dipotong dan menjadi milik kelab.
Tetapi mereka mahu wang itu disumbang kepada kebajikan.
Ini bermaksud, kelab tidak boleh memotong gaji mereka untuk masuk ke akaun kelab; sebaliknya, kelab akan membayar gaji penuh dan menyalurkan sebahagian daripada gaji pemain kepada kebajikan.
Chelsea say first-team players will not be taking wage cuts following discussions amid the coronavirus crisis but have been asked to support charities instead.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 25, 2020
Baca juga berita lain dari Eropah
Bayern Raih Lebih RM3 Juta Dalam 24 Jam Hasil Penjualan Topeng Muka
Bundesliga Sudah Sedia Bersambung Pada Mei, DFL Larang Penyokong Berkumpul Luar Stadium