Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan Ousmane Dembele secara pinjaman ke kelab tersebut pada musim hadapan.
Minat itu dizahirkan Arsenal selepas mendengar Ousmane Dembele menjadi antara pemain yang disenaraikan oleh Barca untuk dijual bagi menambah dana bagi perpindahan pemain.
Barcelona dilaporkan masih berusaha untuk mencari dana bagi membeli semula Neymar dari PSG.
Namun kesukaran mereka ketika ini adalah pemain seperti Dembele kerapkali cedera dan kurang aksi. Beliau hanya bermain 74 aksi dalam masa 3 musim dan banyak aksi beliau adalah sebagai cameo dan pemain gantian.
Pemain kebangsaan Perancis itu juga kerapkali gagal mempamerkan aksi cemerlang akibat terlalu kurang minit perlawanan.
Arsenal berminat untuk meminjam Dembele dan mahu membincangkan potensi untuk obligasi kepada perpindahan tetap.
Namun Sports melaporkan bahawa Barcelona hanya mempertimbangkan transaksi pembelian secara tetap untuk pemain tersebut.
Jika Barcelona berkeras untuk mengelak perjanjian pinjaman, maka Arsenal mungkin akan terpaksa menarik diri.
Barcelona are open to hearing offers for Ousmane Dembélé. Premier League sides Arsenal and Manchester United have shown an interest in recent days and they're currently finding out why Dembélé is injured so often. [sport] pic.twitter.com/K2IaZQLozp
— barcacentre (@barcacentre) April 20, 2020
Mikel Arteta meminati gaya permainan Dembele yang kreatif dan memiliki keupayaan menggelecek yang sangat bagus.
Dembele merupakan permainan boleh beraksi di sayap kanan dan juga sayap kiri. Jadi beliau boleh menjadi opsyen bermain di sayap kiri dengan Nicolas Pepe di sayap kanan.
Ousmane Dembele merupakan antara pemain yang memiliki keupayaan menggunakan kedua dua belah kaki dengan sangat baik.
Barcelona masih berusaha menstruktur semula pasukan mereka terutama sekali dari segi gaji pemain.
Ini kerana keutamaan mereka ketika ini adalah mahu memastikan Lionel Messi menandatangani perjanjian baharu di Nou Camp.
Baca juga berita bola sepak dari eropah yang lain:
Bundesliga Sudah Sedia Bersambung Pada Mei, DFL Larang Penyokong Berkumpul Luar Stadium