Juara Liga Vietnam 2019, Hanoi FC mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Selangor dalam perlawanan persahabatan di Stadium Selayang semalam. Ini adalah perlawanan kedua mereka dalam jelajah pra musim di Malaysia selepas menewaskan UiTM FC, 3-1 pada hari Selasa lepas.

Dalam perlawanan itu, Selangor terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui penyerang import, Ifedayo Olusegun sebelum Van Quyet kembali menyamakan kedudukan.

Perlawanan itu juga merupakan sebahagian daripada persiapan Hanoi FC menghadapi kejohanan Asia Challenge Cup yang bermula pada hari Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Mereka dijadualkan menentang kelab dari Thailand, TRUE Bangkok United pada pukul 5 petang (18 Januari 2020), kemudian menentang kelab dari Indonesia, Persib Bandung pada waktu yang sama (19 Januari 2020).

81910288_3374951035910697_4299948530350424064_n

Para penyokong  boleh mendapatkan tiket bagi menyaksikan kejohanan tersebut menerusi laman web FAS atau pada hari kejohanan dengan harga RM15 bagi pemegang kad Red Giants dan RM30 bagi bukan pemegang kad manakala untuk kanak-kanak adalah RM5.

Anda bukan sahaja dapat menyaksikan empat perlawanan serta boleh menonton persembahan konsert, selain berpeluang memenangi cabutan bertuah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Idea Kreatif Kelab TRUE Bangkok United Hasilkan Merchandise Eksklusif Dari Material Khemah Terowong Pemain

Bali United Mara Ke Pusingan Kedua Kelayakan Liga Juara-Juara Asia

Pemain U17 Jepun, Jun Nishikawa Dijangka Tandatangan Kontrak Bersama Barcelona Bulan Depan