Juara Liga 1 Indonesia musim 2019, Bali United berjaya mara ke pusingan kedua peringkat kelayakan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 setelah menewaskan kelab Singapura, Tampines Rovers dengan keputusan 5-3.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Tampines bangkit daripada ketinggalan 2-0 dengan mendahului 3-2 sebelum Muhammad Rachmat menjaringkan gol penyamaan Bali United sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Bali United nyata lebih dominan ketika permainan memasuki masa tambahan dimana mereka berjaya menjaringkan gol menerusi ketua pasukan, Stefano Lilipaly pada minit ke-100 dan pemain yang baru ditandatangani daripada PSS Sleman, Sidik Saimima pada minit ke-115.
Goals galore. 🇮🇩 Bali United will face 🇦🇺 Melbourne Victory in the Preliminary Round 2!#ACL2020 pic.twitter.com/ysxgG4Lcps
— #ACL (@TheAFCCL) January 14, 2020
Kemenangan ke atas Tampines Rovers bermakna skuad bimbingan Stefano Cugurra Teco ini akan berdepan dengan kelab Australia, Melbourne Victory. Sekiranya Bali berjaya menewaskan Melbourne, maka mereka akan berdepan dengan kelab dari Qatar, Al-Rayyan.
Baca artikel lain mengenai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di sini:
Liga Juara-Juara Asia 2020: Luciano Figueroa Yakin JDT Mampu Pamer Prestasi Terbaik