Kelab-kelab bola sepak dari Thailand sememangnya gemar melakukan sesuatu perkara yang unik dan menarik perhatian seperti mana artikel yang pernah kami tulis sebelum ini.
Terbaru, kelab TRUE Bangkok United yang sebelum ini mengeluarkan idea merchandise store bergerak menggunakan lori kontena, kini tampil dengan satu produk memorabilia yang sangat eksklusif iaitu beg kanvas.
Kenapa ia begitu eksklusif? Beg kanvas adalah perkara biasa tetapi ia menjadi begitu eksklusif disebabkan material yang digunakan untuk menghasil beg itu sendiri sebenarnya.
Pihak pengurusan kelab telah memutuskan untuk menggunakan material khemah terowong pemain di stadium yang sudah tidak digunakan lagi sebagai fabrik beg kanvas tersebut.
Khemah terowong pemain kini akan digantikan dengan material baru selepas beberapa tahun digunakan, akan terus kekal menjadi salah satu barangan kelab yang bernilai tinggi dimasa akan datang dan para penyokong kelab pastinya akan membeli barangan yang boleh dikatakan rare seperti ini.
Menurut laman web rasmi kelab TRUE Bangkok United, beg itu boleh dibeli mulai hari ini melalui vending machine yang telah disediakan diluar lokasi acara pelancaran pembukaan TRUE Digital Park, Bangkok dengan harga THB500 seunit atau RM67.
Semua hasil jualan beg ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan sebagai salah satu visi kelab untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
TRUE Bangkok United Ubahsuai Lori Kontena Bersaiz 40 Kaki Kepada Kedai ‘Merchandise’ Bergerak
Jual Jersi Kelab Guna Van Ala ‘FoodTruck’, Cara Yang Boleh Diambil Peduli Kelab Liga Malaysia
49,164 Helai Jersi Terjual Pada Hari Pelancaran, Kelab Buriram United Jana Pendapatan RM4.65 Juta.