Thailand tidak kurang hebat apabila dilihat dari perspektif tahap kreativiti dalam menjalankan perniagaan terutama berkaitan dengan penjualan barangan rasmi kelab-kelab mereka.

Jika sebelum ini VocketFC mendedahkan bahawa TRUE Bangkok United telah mengambil inisiatif yang cukup hebat apabila menggunakan lori treler kontena sepanjang 40 kaki yang telah di ‘convert‘ menjadi sebuah kedai rasmi yang mampu bergerak ke serata lokasi, kali ini kita akan saksikan bagaimana kelab SCG Muangthong United pula melakukannya.

Mungkin treler 40 kaki serta kos pengubahsuaian kontena menjadi beban pasukan, cuba lihat bagaimana SCG Muangthong United menggunakan konsep yang sama tetapi dalam skala yang lebih kecil lagi.

MTUTD3

Gambar diatas ini diambil dari satu sisi van ala ‘foodtruck’ yang berada disebuah lokasi ‘live viewing’ perlawanan SCG Muangthong United. Dapat kita lihat dengan jelas beberapa barangan rasmi kelab seperti jersi terutamanya selain mafla, topi serta pelbagai aksesori lain dijual dengan bermaruah.

Kiosk bergerak ini juga lengkap dengan sistem pembayaran yang sistematik (sistem POS), memiliki bayaran e-wallet dan juga menggunakan kad untuk memberikan lebih pilihan kepada pembeli.

MTUTD2

Jika kita perhatikan kembali, bagaimana cara kita menghargai barangan dari pasukan kita sokong itu sendiri sebenarnya mampu menggambarkan dimana taraf atau mentaliti ‘merchandising’ kita berada.

Kalau kita berbangga dengan pasukan, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita juga untuk menjaga segala perkara berkaitan dengan kelab kerana value itu adalah refleks kepada maruah kelab yang kita sokong sebenarnya. Letakkan semua ini ditempat yang betul.

MTUTD Tidak menjadi satu beban sekiranya kelab mampu untuk berfikir dengan lebih kreatif bagaimana untuk memudahkan lagi penyokong sedia ada mendapatkan barangan rasmi selain cuba menarik penyokong baru dengan ‘menayangkan’ imej kelab yang terpuji melalui perkara seperti ini.

Jika ada kelab yang merasakan tidak mampu melakukannya, mungkin boleh menghubungi kami untuk perbincangan lanjut bagaimana ia boleh direalisasikan untuk musim 2020.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Thailand dan Jepun dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

TRUE Bangkok United Ubahsuai Lori Kontena Bersaiz 40 Kaki Kepada Kedai ‘Merchandise’ Bergerak

Newin Chidchob Jelaskan Sebab Kenapa Buriram United Tidak Guna Jersi ‘Branded’ Untuk Pasukan Mereka

Buriram United Lancar ‘3 Tier’ Pas Bermusim 2020, Harga Pas Paling Murah Adalah RM175