Kelab TRUE Bangkok United FC ketika perlawanan JLeague Asia Challenge 2019 – Thailand, bertemu dengan Hokkaido Consadole Sapporo di Stadium SCG telah membawa sebuah lori kontena bersaiz 40 kaki panjang yang merupakan kedai ‘merchandise’ bergerak rasmi mereka.
Inisiatif terbaharu oleh pihak kelab TRUE Bangkok United itu telah dirasmikan oleh presiden kelab Kachorn Chiaravanont, yang diadakan ketika perlawanan JLeague Asia Challenge Cup 2019 di stadium Muangthong United FC semalam.
Kaedah seperti ini dilihat mampu untuk meluaskan lagi saluran pengedaran barangan kepada penyokong yang berada jauh dari bandar utama pasukan tanpa mereka perlu menghabiskan kos tambahan bagi mendapatkan barangan rasmi kelab.
Selain itu, ini juga merupakan satu teknik untuk memberikan lebih ‘exposure‘ kepada rakan-rakan penaja pasukan secara live terus kepada penyokong serta audiens yang mungkin memberikan impak yang diperlukan dikawasan yang agak sukar dicapai.
Bahagian dalam kontena pula direka dengan cukup kemas dan profesional – tidak menggambarkan langsung seperti berada dalam sebuah kontena yang bergerak, seolah-olah berada dalam butik sebenar.
Mereka berjaya menggunakan ruang dalam kontena yang terhad itu kelihatan selesa untuk pembeli mengambil masa memilih barangan untuk dibeli.
Bilangan pembeli yang boleh berada dalam kontena ini mungkin dihadkan kepada beberapa orang sahaja dalam satu-satu masa untuk mengelakkan keadaan sesak dan rasa kurang eksklusif.
Menggunakan keadah seperti ini juga mungkin mereka boleh menjual tiket perlawanan yang akan datang kepada audiens yang lebih terpencil justeru menambahkan lagi keterujaan mereka serta mendekatkan hati mereka kepada pasukan.
Mungkin ditempat berbeza kaedah untuk capaian kepada audiens juga berlainan mengikut kesesuaian dan menjadi tugas pihak yang berkenaan didalam sesebuah organisasi untuk mengkaji bagaimana mereka mampu memaksimakan potensi bagi