Pemain pertahanan Bangkok United, Tristan Do menegaskan faktor usia tidak akan menjadi halangan untuk penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menyinar bersama kelab yang baru disertainya, BG Pathum United.
Pemain berusia 34 tahun itu nyata mengejutkan peminat bolasepak tanah air apabila menyertai juara Thai League 2 musim 2019 itu dan beliau bakal dijangka menghadapi cabaran hebat selaku pemain import.
Norshahrul Idlan Talaha's first official BG Pathum United FC interview. pic.twitter.com/X9PBFVDfAI
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) January 16, 2020
“Saya tidak fikir faktor usia akan menjadi masalah kerana ia hanya mengenai kecergasan. Saranan saya adalah supaya dia tidak berasa takut untuk ke sana.
“Ia sentiasa bagus untuk menyertai liga yang lebih besar dan membuktikannya di atas padang,” kata Tristan menurut laporan Stadium Astro.
Tristan membantu Bangkok United menewaskan Hanoi FC dengan keputusan 3-0 dalam kejohanan Asia Challenge Cup 2020 di Stadium Shah Alam semalam.
Bangkok akan berdepan pasukan Selangor malam ini sekaligus menentukan pasukan mana yang akan muncul sebagai juara.
Baca artikel lain mengenai Norshahrul Idlan Talaha di sini:
Impian Norshahrul Beraksi Di Luar Negara Akhirnya Jadi Kenyataan
Barisan Pemain Import BG Pathum United Bagi Saingan Thai League 1 Musim 2020