Hampir seminggu yang lalu, pihak Buriram United telah mula membuka kaunter untuk pemegang pas bermusim untuk memperbaharui pas mereka untuk musim 2020 selain membuka tempahan untuk pembelian pas yang baru.

Menurut kemaskini yang dibuat di laman sosial Facebook mereka, Buriram United mempunyai 3 jenis pas bermusim untuk tahun 2020 iaitu Platinum, Standard E dan Standard W seperti dalam gambar dibawah.

Berkenaan dengan harga bagi setiap jenis pas bermusim itu, pihak Buriram United telah menetapkan bahawa pas bermusim paling murah adalah untuk jenis Standard W – Euro Stand (West) dengan harga RM175, dimana tempat duduknya bertentangan dengan kawasan ‘grandstand‘.

77379461_2574036122716314_3682504916640727040_o

Standard E – Yamaha Stand pula berharga RM315 dan bagi pas bermusim Platinum 3F pula berharga RM1,080.

Apa kelebihan memiliki pas bermusim Buriram United 2020?

Bagi pas bermusim Standard W dan Standard E, kedua-duanya mempunyai benefits yang sama iaitu;

  1. Menyaksikan semua perlawanan Buriram United dalam saingan Thai League 1, Thai FA Cup, Thai League Cup dan AFC Champions League di Chang Arena musim 2020.

2. Menyaksikan semua perlawanan Buriram United B dalam saingan Thai League 4 di Chang Arena.

3. Keutamaan menempah tiket Buriram United, terhad 2 keping sahaja (tidak termasuk caj kad)

4. Card Strap khas Buriram United.

78113639_2574036226049637_6770456823301406720_o

Bagi pemegang pas bermusim Platinum 3F pula, mereka akan menerima semua faedah diatas serta 3 lagi keistimewaan seperti dibawah;

  1. Cenderamata edisi terhad khas untuk pemegang dan tidak dijual kepada umum.
  2. Akses ke lounge dengan makanan dan minuman disediakan pada hari perlawanan (Thai League 1 sahaja)
  3. Percuma akses internet berkelajuan tinggi di stadium (Wi-Fi).

fghnvxyz2579

Nota: Jika diperhatikan peta tempat duduk Chang Arena diatas, setiap zon tempat duduk mempunyai pintu khas untuk memudahkan aliran keluar masuk penonton yang hadir ke stadium.

Dari pemerhatian kami, jersi pasukan Buriram United tidak termasuk dalam pakej yang dinyatakan dan berkemungkinan perlu dibeli sendiri oleh pemegang pas bermusim.

Dalam perkembangan lain, pra tempah jersi Buriram United untuk musim 2020 telah tamat semalam selepas tempahan dibuka kira-kira 1 minggu, dan dijangka pihak kelab akan mengumumkan jumlah tempahan yang diterima dalam masa terdekat.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

14 Botol Plastik Kitar Semula Untuk Hasilkan Sehelai Jersi, Buriram United Lancar Tempahan Jersi Musim 2020

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

Thai League: DAZN Sedia Bida Hak Penyiaran Dengan Harga RM276 Juta Semusim Mulai 2021