Sri Pahang akan memulakan kempen Liga Malaysia 2023 menentang Negeri Sembilan malam ini. Lebih menarik, pasukan tersebut kali ini diketuai oleh pemain naturalisasi, Sergio Aguero.
Baca Juga:
- Jersi Baharu Sri Pahang Dijual Dengan Harga Serendah RM39.99
- Sri Pahang Bakal Tampil Berbeza Dibawah Kendalian Fandi Ahmad
- Sri Pahang Miliki Jentera Serangan Padu Pada Musim 2023
Aguero mengakui teruja apabila dilantik sebagai kapten Sri pahang dan tekad membantu pasukan meraih kejayaan yang lebih gemilang musim ini.
“Sudah pasti tanggungjawab besar menanti apabila dilantik kapten. Saya berbesar hati dan berterima kasih kepada ketua jurulatih (Fandi Ahmad) dan kelab kerana memberi kepercayaan.
“Oleh itu misi utama adalah untuk melakukan yang lebih baik berbanding dua musim lalu kerana kami menyasarkan untuk sekurang-kurangnya berada di kedudukan lima teratas.
“Namun, sebagai pemain kami mahu memenangi sesuatu musim ini dan memberikan kegembiraan kepada peminat Sri Pahang yang selama ini banyak memberikan sokongan,” katanya dalam Berita Harian.
๐๐ฆ๐ธ ๐ด๐ฆ๐ข๐ด๐ฐ๐ฏ, ๐ฏ๐ฆ๐ธ ๐ฐ๐ฑ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต๐ถ๐ฏ๐ช๐ต๐ช๐ฆ๐ด – ๐๐ต'๐ด ๐ฎ๐ข๐ต๐ค๐ฉ๐ฅ๐ข๐บ!
Perlawanan pembukaan buat Sri Pahang FC bagi musim ini menentang Negeri Sembilan FC.
๐ Negeri Sembilan FC
๐ Stadium Tuanku Abdul Rahman
โฑ 9.00 Malam
๐ด OkeyTV & Sukan RTM pic.twitter.com/OYP56DuP9j— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) February 26, 2023
Sementara itu, pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad positif pasukannya akan mengutip 3 mata malam ini berdasarkan persiapan pra-musim dan menyatakan barisan pemain sudah bersedia untuk memulakan saingan dengan langkah kanan.
โKita dalam landasan yang betul, pra-musim telah memberi peluang kepada skuad untuk memantapkan aspek-aspek yang patut termasuk membina keserasian dan menanam keyakinan terutama dalam kalangan pemain muda.
โKita ada kekuatan untuk memberi saingan yang sengit, tetapi kita perlu realistik dan menghormati kekuatan semua pasukan kerana kita ramai pemain baru, masih perlu belajar dan meningkat.
“Saya sedar semua pasukan mahu buat yang terbaik tetapi saya mahu tekankan kita sudah bersedia. Semua pemain komited untuk sepak mula di Paroi dan saya boleh katakan suasana serta moral di bilik persalinan ketika ini berada di tahap yang baik,โ kata Fandi kepada sripahangfc.com.my.
Mengenai kekuatan Negeri Sembilan, Fandi beranggapan pasukan kendalian K.Devan itu tetap berbahaya meskipun hanya mempertaruhkan empat import musim ini.
“Bagi saya lebih atau kurang jumlah import sama sahaja, tidak memberi sebarang kelebihan. Yang membezakan kekuatan sesebuah pasukan adalah disiplin, atitud dan persefahaman yang ditunjukkan pemain di atas padang.”