Sepanyol mencipta sejarah baharu dalam bola sepak mereka apabila pasukan wanita muncul sebagai juara Piala Dunia Wanita 2023 buat kali pertama selepas menewaskan England 1-0 semalam.
Baca Juga:
- Muhammad Taqi Terus Jadi Pilihan FIFA, Dilantik Pegawai VAR Piala Dunia Wanita 2023
- Layak Ke Piala Dunia 2019, RM2.48 Juta Bonus Kepada Skuad Bola Sepak Wanita Thailand
- Skuad Bola Sepak Wanita Filipina Lakar Sejarah Layak Ke Piala Dunia 2023
Olga Carmona menjadi wira pasukan dengan gol kemenangannya pada separuh pertama dalam final yang berlangsung di hadapan 75,784 penyokong di Stadium Australia, Sdyney.
Piala Dunia wanita kali ini turut disertai oleh dua wakil Asia Tenggara, Vietnam dan Filipina.
Skuad yang digelar sebagai La Roja itu sebelum ini dibelasah wakil Asia, Jepun 0-4 di peringkat kumpulan, namun mereka bangkit mempamerkan aksi lebih mantap di peringkat kalah mati sehingga mara ke final.
The crowning moment. 🏆@SEFutbolFem | #FIFAWWC
— FIFA Women's World Cup (@FIFAWWC) August 20, 2023
Sepanyol turut menafikan hasrat England untuk merangkul trofi Piala Dunia walaupun turun tanpa beberapa bakat terbaik mereka.
Aitana Bonmati dan Teresa Abelleira cemerlang mengawal permainan daripada bahagian tengah Sepanyol dan jurang kemenangan mungkin lebih besar jika tidak penjaga gol England Mary Earps yang menyelamatkan sepakan penalti pada babak kedua.
“Saya sangat gembira pada masa ini, tidak sebarang perkataan dapat menggambarkan detik ini. Ia luar biasa.
“Saya sangat bangga sebab kami memiliki kejohanan yang hebat. Kami menderita tetapi kami juga menikmatinya dan kami layak menang,” kata Bonmati kepada BBC One.
Your @FIFAWWC Award winners! 👏#BeyondGreatness | #FIFAWWC
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) August 20, 2023
Kekalahan England pada Ahad adalah yang kedua mereka dalam 39 perlawanan sejak Sarina Wiegman mengambil alih sebagai Ketua jurulatih.
Ia sekali gus menafikan peluang England untuk menambah gelaran sulung dunia mereka kepada mahkota Kejohanan Eropah yang dimenangi pada 2022.
Wiegman kini telah tewas dua final Piala Dunia Wanita berturut-turut selepas beliau memimpin negara kelahirannya Belanda yang tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada 2019.
“Sudah tentu kami rasa sangat sedih sekarang, sangat mengecewakan,” katanya.