Lionel Messi kini menjadi pelaksana sepakan percuma paling bahaya di dunia. Namun Nelson Semedo, yang kini beraksi bersama Wolves secara pinjaman mendedahkan perkara yang mengejutkan tentang pemain itu.

Menurut Semedo, Lionel Messi tak pernah berlatih sepakan percuma di pusat latihan Barcelona.

Kehebatan Messi dalam melaksanakan sepakan percuma itu antara faktor yang membantunya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di dalam sejarah kelab Barcelona.

Salah satu yang diingati pastinya ketika Messi menewaskan Alisson di Nou Camp.

_methode_times_prod_web_bin_7a355116-6c5a-11e9-bf02-7f5aa383779f

Ramai pelaksana sepakan percuma menjadikan latihan sepakan percuma sebagai rutin wajib mereka setiap hari termasuk mengadakan sesi latihan tambahan bagi melentur kesempurnaan dalam teknik mereka.

Berbeza pula dengan Messi. Pemain itu sangat semulajadi bakatnya. Dan Semedo tidak pernah sama sekali melihat pemain itu melakukan latihan khas untuk sepakan percuma.

Semedo berkata: “Wow, saya tak tahu nak gambarkan dengan kata kata betapa bagusnya Messi.”

“Dan kamu nak tahu apa yang membuatkan dia lagi luar biasa? Sekali pun saya tak pernah melihat dia melakukan latihan sepakan percuma di dalam pusat latihan sepanjang masa saya di sana. Saya bersumpah, tak pernah tengok.”

“Dia selalu berlatih melakukan latihan rembatan jarak jauh. Namun Messi tak pernah melakukan latihan sepakan percuma. Pada pandangan saya, itu terlalu semulajad.”

“Orang mengatakan, praktis membentuk kesempurnaan – namun padanya, tiada praktis dan masih tetap sempurna.”

Messi sudah menjaringkan lebih 658 gol daripada 764 perlawanan untuk Barca pada ketika artikel ini ditulis. Dan 49 daripadanya adalah menerusi sepakan percuma.

Messi juga melakukan 6 gol sepakan percuma untuk Argentina. Menjadikan beliau berada di tangga ke-11 dalam senarai pelaksana sepakan percuma paling bahaya.

Bekas pemain Brazil, Juninho masih unggul dengan 77 gol sepakan percuma, manakala Pele dengan 70 gol sepakan percuma. Legenda England, David Beckham menerobos gawang lawan menerusi sepakan percuma sebanyak 66 kali.

Messi berada di hadapan seteru utamanya Cristiano Ronaldo yang menjaringkan 47 gol sepakan percuma untuk kelab dan negara.

Baca juga perkembangan lain

Solskjaer Yakin Catatan Seri Akan Jadi Motivasi Tewaskan Manchester City Selepas Ini

Pengurus Slavia Praha Marah Sepak Pintu Sampai Berlubang, Terus Pasukannya ‘Comeback’ Separuh Masa Kedua

Ini Sebab Scholes Anggap Bruno Fernandes Tak Layak Menang Pemain Terbaik PFA Musim Ini